Wednesday, 18 November 2015

PAS SOKONG BAJET 2016 UNTUK ELAK 'GOVERMENT SHUTDOWN'


Pas tidak bersama Pakatan Harapan (PH) untuk menolak usul Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai alasan kukuh iaitu tidak mahu berlaku 'goverment shutdown' kerana ia akan menyusahkan seluruh rakyat terutamanya yang berkerja di sektor awam.


Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan tindakan pemimpin PH mahu menolak usul bajet 2016 hanya akan menyusahkan rakyat.

Jelas Ibrahim, sekiranya niat PH untuk menolak usul bajet yang dibentangkan demi menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri itu perlu sedar bahawa usul tersebut tidak akan menyingkirkan Najib sebaliknya akan berlaku huru hara dalam pentadbiran kerajaan.

Katanya, walaupun usul tolak itu dimenangi pemimpin PH kononnya mahu menyingkirkan Najib, namun Najib tetap menjadi Perdana Menteri sedia kala dan ekoran penolakan usul Bajet itu rakyat di negara ini terpaksa tanggung atas perbuatan pemimpin PH.

"Sekiranya pembangkang mendapat cukup sokongan untuk menang usul tidak percaya pada Bajet 2016 apakah yang akan berlaku selepas itu?

"Pengalaman Amerika Syarikat bilamana berlaku 'goverment shutdown', selepas bajet Obama ditolak sehingga menyusahkan rakyat serta kakitangan kerajaannya, namun Obama terus berkuasa.

"Goverment  Shutdown' menyebabkan 800 ribu kakitangan kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat terpaksa mengambil cuti sementara dan 1.3 juta lagi terpaksa lapor diri ke tempat kerja tanpa diberitahu bila gaji mereka akan dibayar. Akhirnya rakyat Amerika menyalahkan pembangkang," kata Ibrahim.

Oleh itu, Pas mengambil keputusan untuk tidak bersama pemimpin PH untuk menolak usul Bajet 2016 yang akan menyebabkan rakyat mengalami derita sekiranya usaha pemimpin pembangkang itu berjaya.

"Oleh itu, sekiranya bajet berjaya ditolak, ia hanya memeritkan keadaan urusan harian rakyat bergantung termasuk gaji kakitangannya yang tidak boleh dibayar akibat tindakan itu,"katanya.- Utaranews.com

Post a Comment