Wednesday, 18 November 2015

ABU SAYYAF PANCUNG BERNARD THEN

Philippines-Special-Forces

KUALA LUMPUR - Kumpulan pengganas Abu Sayyaf dilapor memancung kepala tebusan terakhir yang diculik di sebuah restoran di Sandakan, Sabah pada Mei lalu.

Ketua Polis Jolo, Major Junpikar Sitin memberitahu bahawa seorang pekerja pembersihan menjumpai satu kepala di dalam karung dengan tulisan “Bernard Then Ted Fen” di Marina Street di Jolo kira-kira pukul 8.30 malam Selasa.


Komander Kumpulan Petugas Bersama Sulu Brigadier, General Alan Arrojada mengesahkan jurutera 39 tahun itu dipancung sekitar jam 4 petang di kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo, Filipina.

Kejadian itu berlaku seminggu selepas mereka sebelum ini membebaskan seorang tahanan Thien Nyuk Fun, pengurus restoran Ocean King Seafood yang diculik bersama Then.

Kejadian dilaporkan oleh akhbar Singapura Straits Times. Singapore Straits Times, melalui berita dalam taliannya di www.straitstimes.com melaporkan bahawa: "Brigadier-General Alan Arrojado, commander of the Joint Task Group Sulu said Bernard Then was beheaded at around 4pm at a remote Abu Sayyaf stronghold in Jolo island, in Sulu province, some 1,400km south of the capital Manila." (Komander Petugas Bersama Kumpulan Sulu, Brig Jeneral Alan Arrojado dilaporkan sebagai berkata Bernard Then dipancung kira-kira 4 petang di kubu kuat Abu Sayyaf di pulau Jolo, di Wilayah Sulu, kira-kira 1,400km ke selatan  Manila.")

Pada 14 Mei lepas, Then seorang jurutera elektrik merupakan antara dua mangsa yang diculik empat lelaki bersenjata dari Selatan Filipina yang menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan dalam kejadian pada 7.45 malam.



Bagaimanapun, Filipina berjanji akan mendapatkan keadilan bagi mangsa tebusan kumpulan militan Abu Sayyaf, Bernard Then yang didakwa dipenggal pada Selasa.

Menyifatkan pembunuhan itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan kejam, kedutaan Filipina di negara ini turut mengutuk pembunuhan berkenaan.

“Kekejaman yang dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf adalah tidak berperikemanusiaan dan tidak wajar. Kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa terhadap kehilangan besar ini.

“Kami berharap dan berdoa agar keluarganya mendapat kekuatan dan tabah dalam mengatasi masa yang sangat sukar ini,” kata kedutaan itu dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, pihak berkuasa Filipina akan terus memburu pihak yang bertanggungjawab untuk dibawa ke muka keadilan.

Then, 49, yang merupakan jurutera dipenggal selepas enam bulan berada dalam tahanan Abu Sayyaf di Pulau Jolo, selatan Filipina walaupun dia dikatakan akan dibebaskan tidak lama lagi.

Tentera Filipina berkata, Then dibunuh selepas rundingan bagi membebaskannya gagal dengan kumpulan yang diketuai oleh Indang Susukan.

Post a Comment