Monday, 23 November 2015

KSU MITI SIFATKAN PM SEBAGAI 'LEMBU YANG TIDAK BERGUNA DAN TIADA KEMAMPUAN' !!!


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di hadapan hadirin termasuk duta-duta asing pada sebuah majlis.

Melalui pendedahan dari satu akaun Facebook menyatakan bahawa Ketua Setiausaha mereka telah memburukkan kerajaan secara terbuka dalam majlis bersama diplomat asing.

Maria Tay di posting FB nya berkata pegawai bergelar Tan Sri itu menyifatkan Najib dan menteri di kementerian seperti ‘lembu yang tidak berguna dan tiada kemampuan’.


"Orang itu tidak secara khusus melabel Najib sebagai 'lembu yang tidak berguna' dan saya pasti tidak akan memuat-naikkannya.

"Apa yang saya maksudkan adalah bahawa orang itu memburukkan kerajaan dan semua pegawai atasannya hingga mereka seolah-olah seperti 'lembu yang tidak berguna',” katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat bahawa kementeriannya sedang meneliti perkara itu.

"Saya sudah berhubungan dengan Menteri (Datuk Seri Mustapa Mohamed)... Siasatan akan dijalankan. Ini tuduhan serius," katanya.

Sebelum ini, Datuk Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang memetik laman Facebook berkata kakitangan kanan kerajaan itu membuat kenyataan berkenaan pada satu majlis beberapa bulan lalu.

"Jika ini (terbukti) adalah benar, pegawai itu tidak membantu kerajaan, dia sedang memusnahkan kerajaan.

“Dia lakukan apa yang pembangkang lazimnya buat," katanya.

Menurut posting Tay, dua perwakilan asing, ketua pegawai eksekutif dan eksekutif tempatan hadir ketika kenyataan itu dibuat.

"Katanya, kerajaan perlu dibubarkan dan MITI tidak peduli kerana mereka boleh beroperasi dengan sendiri tanpa menteri-menteri yang tidak berguna," petik posting itu.

Menurut Tay yang dipercayai juga menghadiri majlis makan malam itu, dirinya tidak pernah menjadi sebegitu malu.

Pada masa yang sama, beliau memuat naik gambar Najib bersama wanita yang dipercayai pegawai kanan kerajaan itu.

"Melihat gambar ini membuatkan saya tertanya-tanya jika beliau mempunyai keberanian untuk memberitahu PM Najib apa yang beliau luahkan?" soalnya.

Post a Comment