Monday, 19 October 2015

USUL UNDI TIDAK PERCAYA DI PARLIMEN ???





Hangat dilaman media sosial sejak sehari dua ni bercerita mengenai Usul Undi Tidak Percaya yang akan dibawa oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu terhadap YAB Perdana Menteri. Kononnya juga diperkatakan bahawa malam tadi PM telah panggil semua MP untuk 'menghadap' beliau di kediamannya.

Pelbagai spekulasi dan juga pandangan telah diberikan mengenai isu tersebut. Ada yang kata Usul tersebut tidak akan dibenarkan oleh Speaker Dewan. Ada juga yang kata usaha tersebut akan berjaya.

Namun dari satu sudut, pokok pangkalnya bagi menentukan Usul tersebut berjaya atau tidak bergantung kepada nombor dan bilangan mereka yang menyokong dan tidak menyokong.


Dari analisis awal, YAB Perdana Menteri dijangka mendapat sekitar 140 undi sekiranya usul yang akan dibawa oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan itu dibentangkan di Dewan Rakyat nanti.

Menurut sumber, sungguhpun terdapat lima orang ahli Parlimen Barisan Nasional akan menyokong usul undi tidak percaya ini, namun Perdana Menteri dikhabarkan telah pun mendapat sokongan 140 ahli Parlimen termasuk 10 orang dari PAS dan sekurang-kurangnya 2 ahli Parlimen dari PKR.

Empat dari Lima Ahli Parlimen Barisan Nasional yang DIJANGKA AKAN menyokong usul undi tidak percaya ini ialah Pagoh, Semporna, Cameron Highland dan Kulim-Bandar Baru, Datuk Aziz Sheikh Fadzir. 


Walau bagaimanapun sumber tersebut tetap enggan memaklumkan nama ahli parlimen yang kelima.

Oleh kerana Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi Parlimen, usul undi tidak percaya ini memerlukan sokongan 122 orang ahli Parlimen. Menurut sumber ia hampir mustahil untuk diperolehi.

Untuk berjaya menjatuhkan Perdana Menteri, PKR perlu mendapatkan sokongan 12 orang ahli Parlimen Barisan Nasional dan kesatuan ahli Parlimen DAP, Pas, PKR dan serpihan Pas.

Dalam senario terburuk, PKR mungkin boleh dapat sokongan 10 orang ahli Parlimen BN. Tapi ia masih tidak mencukupi untuk menggugat Perdana Menteri kerana masih mempunyai sokongan 124 ahli parlimen BN.

Malah senario yang lebih menarik ialah Perdana Menteri dijangka mendapat sokongan melebihi angka ahli Parlimen Barisan Nasional sekarang iaitu seramai 134. - seterusnya...

Post a Comment