Monday 19 October 2015

HOSPITAL KERAJAAN ENGGAN BERI ANTIVENOM KEPADA MANGSA PATUKAN ULAR.... INI JAWABNYA !!!


Saya terpanggil menjawab isu ini kerana ia semakin viral di media sosial.
Setiap gigitan ular adalah merupakan kes kecemasan dan akan dirawat oleh Pakar Perubatan Kecemasan yg mana saya adalah salah seorang daripadanya.


Beberapa fakta yang masyarakat perlu tahu:

1. Hanya 18 daripada 140 spesies ular darat di Malaysia yang berbisa.

2. Jika sekalipun anda digigit oleh ular yang berbisa, tidak semestinya ia menyebabkan kemudaratan pada nyawa kerana majoriti gigitan ular adalah 'dry bites' (patuk dan lari).

3. Majoriti kes gigitan ular, mangsa gagal mengecam spesies ular secara pasti. Juga, banyak spesies ular yg kelihatan seperti ular berbisa tetapi hakikatnya ia tidak berbisa.

4. Tidak semua gigitan ular akan dirawat dengan ubat antivenom.

5. Antivenom mempunyai kadar alahan/anaphylaxis yang tinggi hingga boleh menyebabkan kematian!

6. Pemberian antivenom perlu mematuhi kriteria envenomation ketat yang telah ditetapkan oleh pakar2 dunia.

7. Sungguhpun pesakit ini berada di Hospital Kepala Batas hatta terpencil seperti Hospital Bario di Sarawak sekalipun, setiap kes gigitan ular akan dirujuk kepada Pakar Perubatan Kecemasan atas panggilan (on call) negeri masing2.

8. Pesakit akan di observe untuk melihat tanda2 bisa yang merebak (systemic and local envenomation) dengan teliti. Sangkaan bahawa hanya ubat tahan sakit saja diberikan dan pesakit terbiar adalah sama sekali tidak benar dan mustahil kerana sudah ada protokol spesifik yg ditetapkan apabila menghadapi kes gigitan ular.

9. Masyarakat cuma lihat seolah2 pesakit terbiar dan kakitangan hospital kunyah kuaci (seperti tertulis di dalam status) sedangkan pesakit sudahpun melalui perkara2 berikut:

a) di masukkan di dalam zon semi-kritikal atau kritikal (bergantung kepada keseriusan kesan gigitan) utk tujuan penilaian dan rawatan.

b) dilihat oleh doktor, dipantau dan diperiksa dengan teliti bagi melihat jika pesakit mempunyai manifestasi neurotoxicity, hematotoxicity mahupun myotoxicity yang mungkin memerlukan rawatan agresif.

c) ujian darah sudah diambil dan dihantar ke makmal dan akan dilakukan pengulangan bersiri.

d) kesan patukan sudah dicuci dan ditanda bagi melihat jika bengkaknya semakin merebak. Di dalam gambar jelas kelihatan kesan bengkak sudah ditanda A, B dan C yang merupakan bukti pemantauan mengikut protokol sudah dilakukan oleh Hospital Kepala Batas.

e) konsultasi secara langsung telah dilakukan dengan Pakar Perubatan Kecemasan atas panggilan dan strategi langkah rawatan selanjutnya akan dirangka oleh pakar serta akan dilaksanakan oleh pegawai perubatan secara sistematik dan selamat.

f) rawatan antivenom boleh diberikan sekiranya ada indikasi jelas (systemic and severe local envenomation) dan jenis antivenom akan ditentukan oleh Pakar Perubatan Kecemasan secara amat berhati2. Ini adalah kerana rawatan antivenom itu sendiri mempunyai risiko komplikasi yang amat tinggi!

10. Oleh itu berhati2 sebelum meviralkan sesuatu yang anda tidak tahu. Serahkan kepada orang yang ahli dalam bidang tersebut. Dalam kes ini, sudah semestinya ahlinya adalah doktor2 yang bekerja di jabatan kecemasan yang melihat kes-kes seperti ini saban hari.

11. Nabi berpesan berhati2 dengan golongan Ruwaibidhah. Nabi sebut dalam hadis;

"Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justeru dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.”

Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”. Beliau menjawab, “Orang BODOH yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.”
(HR. Ibnu Majah, disahihkan al-Albani dalam as-Shahihah [1887] as-Syamilah).

12. Semoga semua makian dan cacian yang dilemparkan kepada para perawat dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia tanpa asas seperti ini digantikan dengan kebaikan dan pahala yang besar buat mereka.

13. Semoga para pemviral dan pemaki hamun diberi hidayah oleh Allah dan diberikan sedikit kecerdikan supaya mereka berhenti menjadi golongan Ruwaibidhah yang hanya mengumpul dosa.

Harap bermanfaat.

Kredit: Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir

No comments: