Monday, 26 October 2015

REMAJA PEREMPUAN DITEMUI MATI DENGAN KESAN LEHER DIKELAR DI DALAM BILIK TIDUR

intan-suraya-4

Balik Pulau: Pelajar perempuan tingkatan lima ditemui mati dalam bilik tidurnya di Flat Bandar Baru Teluk Kumbar, di sini, malam tadi.

Menurut sumber, mayat remaja itu, Intan Suraya Mawardi, 17, ditemui bapanya pada 7.30 malam tadi.
Katanya, sebelum itu bapa mangsa yang pulang dari kerja memanggil anaknya yang berada dalam bilik.
intan-suraya-3
“Bagaimanapun, dia pelik apabila panggilan tidak disahut sebelum membuka pintu bilik, namun terkejut melihat tubuh anaknya sudah kaku.
“Bapa mangsa turut melihat ada kesan kelar di leher anaknya dan keadaan dalam bilik agak berselerak,” katanya.
Sehingga kini, polis masih lagi menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
intan-suraya-3intan-suraya-2FAKTA KES :-
Pada 25/10/2015 jam l/kurang 730 malam, semasa pengadu sampai di rumah sepeti alamat di atas telah panggil anak perempuan sulungnya nama INTAN SURAYA tetapi tidak menyahut. Pengadu terus ke bilik anaknya dan apabila membuka pintu pengadu dapati anaknya berada di atas katil dalam keadaan berselimut. Pengadu telah bertindak menyelak selimut anaknya dan terkejut apabila dapati anaknya tidak bergerak. Pengadu dapati ada kesan kelar di bahagian leher dan ada kesan darah. Pengadu telah menghubungi pihak ambulans dan mereka telah mengesahkan anaknya telah meninggal dunia.
TINDAKAN :-
1. Hasil siasatan mendapati mangsa terbaring di atas katil dan terdapat kesan kelar di bahagian leher. Siasatan turut mendapati almari baju telah terkopak dan 1 kipas angin meja telah patah. Bantal peluk yang ada kesan darah turut dijumpai di ruang tamu. Tiada kesan pecah pada mana-mana pintu atau tingkap rumah. Tiada sebarang senjata ditemui di dalam bilik mangsa mahupun dalam kawasan rumah itu.
2. Soalsiasat terhadap jiran-jiran juga telah dijalankan namun mereka tidak mendengar sebarang pergaduhan @ jeritan daripada mangsa.
3. Menurut pengadu iaitu bapa mangsa menyatakan anaknya telah dihantar balik seorang diri ke rumahnya selesai makan tengahari l/kurang jam 1200 tengahari.
4.  Pakar patologi Dato Govinder Singh telah dihubungi bagi membantu siasatan dan beliau mengesahkan akan hadir ke lokasi kejadian.

Post a Comment