Tuesday 20 October 2015

PAS AKAN DITENDANG OLEH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN SELANGOR ???


Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) , Datuk Phahrolrazi Zawawi menggesa kerajaan PKR Selangor agar segera membentuk sebuah kerajaan Pakatan Harapan (PH) seperti yang dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.


Menurut Zawawi, gesaan dibuat itu bagi mempersiapkan PH bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Tambah Zawawi, pelaksanaan membentuk kerajaan PH di Selangor perlu disegerakan memandangkan Pas tidak lagi bersama dalam gabungan tersebut, sekaligus dapat menambat hati pengundi khususnya di negeri itu yang menyokong penubuhan PH.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundor itu berkata, PKR tidak perlu khuatir dengan kedudukan kerajaan negeri apabila menubuhkan kerajaan PH tanpa penglibatan Pas kerana majoriti Dewan Undangan (DUN) masih dikuasi PKR dan DAP.

"Kita perlu wujudkan dengan segera pakatan tersebut sebagai contoh kepada rakyat ketika pilihan raya nanti," kata Phahrolrazi.

Beliau yang mengulas mengenai kedudukan kerusi yang berjaya dimenangi pemimpin Amanah atas tiket Pas pada PRU lalu berkata, pemimpin Amanah sama sekali tidak akan melepaskan kerusi yang dimenangi kerana ia diperoleh hasil  gabungan Pakatan Rakyat.

Phahrolrazi berkata, pemimpin Amanah yang mempunyai kerusi Adun mahupun kerusi Parlimen tidak sama sekali akan melepaskannya kerana kerusi terbabit diperolehi hasil pengundi PKR dan DAP yang menyokong Pakatan Rakyat pada PRU lalu.

"Kalau di tempat Pas bertanding, PKR dan DAP akan sokong calon Pas disebabkan Pakatan Rakyat," tegasnya.

Dalam masa sama, Phahrolrazi sempat menyindir Presiden Pas Datuk Abdul Hadi Awang yang sering mempertikaikan dan menganggap amanah sebagai cabaran yang kecil dengan mengatakan jika penubuhan Amanah merupakan cabaran kecil buat Pas, sudah pasti Hadi tidak akan kerap melakukan serangan terhadap Amanah.- Utaranews.com

No comments: