Wednesday 21 October 2015

MOHON PERHATIAN SEMUA..... KEJADIAN CULIK DENGAN VAN PUTIH BENAR-BENAR BERLAKU... !!!


LATEST.... kita banyak mendapat berita yang disebarkan melalu applikasi WhatsApp mengenai penculikan kanak-kanak dan remaja di sana sini.  Yang paling top di antara berita-berita tersebut adalah penculik menaiki van putih.!!!


Biasanya, setiap berita yang tersebar itu akan diakhiri dengan.... pihak polis menafikan kejadian culik di sana... di sini.... Dan kita pun mengabaikan terus berita tersebut....

Namun begitu, hari ini kita tidak boleh lagi tidak peduli dengan semua berita culik yang tersebar dengan cara paling mudah melalu applikasi WhatsApp tersebut kerana kejadian culik oleh van putih BENAR-BENAR TERJADI... !!!


 Seorang pelajar lelaki tingkatan satu sekolah agama di Sungai Petani mendakwa nyaris diculik tiga lelaki di hadapan sekolahnya, kira-kira pukul 4.15 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata mangsa yang berusia 13 tahun memberitahu, dia ditarik dua lelaki untuk masuk ke dalam van berwarna putih yang dipandu seorang lagi suspek. 

"Mangsa sempat menggigit tangan seorang suspek sebelum melarikan diri dengan terjun keluar dari van setelah mendapati pintu kenderaan itu tidak ditutup rapat.   

"Mangsa yang sedar dia berada di pekan Tikam Batu terus menghubungi bapanya menggunakan telefon awam untuk meminta pertolongan dan dibawa pulang ahli
keluarganya," katanya.

Md Zukir berkata sewaktu ditangkap suspek terbabit mangsa tidak diugut atau dicederakan tetapi mendakwa suspek ada memberitahu dia akan dibawa ke Thailand.    

Susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat keluarga mangsa manakala kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan. - Bernama

Gambar-gambar sekadar hiasan....

No comments: