Tuesday, 20 October 2015

GAYA RAMBUT BLONDE TMJ URUSAN SENDIRI DAN ORANG LAIN JANGAN SIBUK !!!



Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ, bolehlah diklasifikasikan sebagai antara individu paling menarik perhatian di laman sosial. Apa sahaja yang diluahkannya sentiasa menerima reaksi yang pelbagai dari segenap lapisan masyarakat.

Menerusi laman Facebook rasmi JOHOR Southern Tigers, TMJ mempamerkan penampilan terbaharunya pada Isnin. Selain gaya rambut berwarna blonde, laman tersebut turut memuat naik status yang melaporkan perbualan antara TMJ dengan seorang wartawan.


Menjawab pertanyaan wartawan berkenaan tentang pengkritiknya atau haters, TMJ memberitahu baginda tidak ambil pusing dengan persepsi negatif masyarakat.

Mengambil nasihat ayahandanya, TMJ berpesan, urusan yang paling baik di dunia adalah menjaga urusan sendiri.


Penasihat Diraja pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut menyindir golongan keyboard warrior dengan berkata golongan ini adalah mereka yang sangat tidak gembira dengan apa yang mereka miliki dalam hidup.

TMJ turut tidak lupa berkongsi kegembiraan dan rasa bangga baginda dengan layaknya JDT ke perlawanan akhir Piala AFC menentang Istikhol, 31 Okt ini. - sumber


Post a Comment