Thursday, 1 October 2015

KENAPA MELAYU DAP SANGGUP BERSAMA DAP PECAHKAN KELOMPOK MELAYU ???


DAP sentiasa merancang supaya umat Islam lemah.DAP sanggup membelanjakan banyak  harta dan wang ringgit untuk memastikan mereka mencapai matlamat iaitu menghancurkan Islam dan  menguasai pemikiran  penyokong mereka yang beragama Islam agar mengikut telunjuk mereka.
Setelah banyak artikel yang saya keluarkan untuk menyedarkan orang Melayu betapa bahayanya DAP terhadap agenda mereka kepada  negara ini. Seterusnya saya paparkan lagi apa yang saya ingin paparkan iaitu bagaimana DAP sebagai kafir harbi yang mesti ditentang  habis-habisan.

Hakikatnya hanya bukan Islam (DAP) yang memusuhi umat Islam, perkara yang sebenarnya ialah takut kepada Islam. Kita boleh melihat bagaimana DAP apabila disebut Hudud dan mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam , maka mereka mencari pelbagai alasan untuk menghasut bagi mengagalkan dan menentang dalam apa cara sekalipun.

Apa yang tidak dilakukan oleh DAP, mereka sanggup berpura pura untuk berbaik-baik dan berkerjasama dengan orang Islam untuk menolak Islam secara halus dengan pertolongan  orang Islam itu sendiri.

DAP sanggup menyembunyikan permusuhan  mereka demi untuk mencapai cita cita untuk menghancurkan Islam dengan sikap berbaik baik dan kepura-puraan. Lihat sahaja apa yang telah berlaku di Selangor dan Pulalu Pinang.

Apabila mereka menang dalam pertandingan atau pilihanraya, mereka akan mendakwa bahawa semua itu adalah hasil kerja keras selama ini. Dan akan berlaku sebaliknya , mereka akan meyalahkan orang lain atau sekutu mereka  dengan memfitnah  bahawa kekalahan mereka  disebabkan oleh penipuan.

Dalam Al Quran telah banyak dipesankan  perancangan kafir harbi yang memusuhi Islam ini . Kafir Harbi sebagaimana DAP yang ada di Malaysia.



Post a Comment