Saturday 17 October 2015

ATM KE 38 TERKUAT DI DUNIA ???


Angkatan tentera malaysia berada di kedudukan 38 tentera terkuat di dunia meninggalkan singapura... ?

Negara asean lain yang berada kedudukan lebih tinggi di dunia adalah, indonesia (19) vietnam (23) thailand (24) philipina (37)...

Tak pasti bagai mana laman web Global Fire Power, boleh meletakan ATM di kedudukan 38...


Aku tak ada data pasal tentera vietnam, so aku tak boleh nak tulis...

Kalau aset pertahanan di ambil kira oleh website itu, singapura sepatutnya berada di kedudukan tangga ke 15, kerana kelengkapan persenjataan dan aset pertahanan singapura tiada tolok bandingnya di rantau asean ini...

Bajet pertahanan singapura sahaja 13 bilion, menyamai jumlah peruntukan BR1M tahun 2015...

Dari segi taktikal dan operasi, tidak logik untuk negara filipina berada di atas negara kita, kerana pada awal tahun ini, seramai 44 orang komando elit negara itu terbunuh dalam satu petempuran dengan puak milf di pulau mindanao...klik sini

Takan lah dengan menggunakan kapal karat dan reput dijadikan sea basing berbanding kita yang menggunakan pelantar minyak boleh laras di jadikan sea basing, ranking filipina lebih tinggi dari kita...

Malah kecekapan tentera indonesia yang di beritakan menembak mati 4 orang lanun somalia pada tahun 2011 juga boleh di pertikaikan kerana tidak ada satu mayat pun lanun somalia itu di temui di atas kapal mv sinar kudus, kononnya menurut tni, kesemua mayat itu kemungkinan jatuh ke laut... klik sini...

Lain hal pula dengan operasi PASKAL yang berjaya menumpaskan 7 lanun somalia yang merampas kapal MT Bunga Laurel, walau pun 3 dari 7 lanun itu hanya cedera, tetapi wajah lanun-lanun yang merampas kapal itu berjaya di rakam oleh pihak media antarabangsa, malah tv indonesia juga memuatkan berita kejayaan paskal itu dalam slot berita mereka...klik sini.

Malah tentera thailand juga mengalami kesukaran untuk membebaskan kapal milik mereka yang di tahan oleh lanun somalia, pihak berkuasa thailand terpaksa mengambil masa selama setahun untuk membebaskan anak kapal dan membelanjakan USD 4.77 juta untuk wang tebusan... klik sini

Tetapi PASKAL dan negara malaysia tidak mengeluarkan sesen pun wang tebusan dan kesemua anak kapal dan lanun dalam keadaan selamat, siapa lagi hebat...???

Mungkin kedudukan tentera kita jauh kebelakang dari negera-negara di atas adalah kerana pemilikan aset, baru-baru ini, indonesia mengumumkan untuk membeli sejumlah jet pejuang sukhoi-35 untuk membentuk satu skuadron tentera udara mereka (satu skuadron lebih kurang ada 12-24 jet pejuang) dan dalam beberapa laman web indonesia juga ada menyatakan pihak tni ada membeli beberapa lagi aset-aset baru...

Kalau aset lah yang menjadi kayu pengukur, maka silap kita juga me-pencenkan pesawat MiG-29MKM sebelum dapat pengganti yang baru, malah sehingga kini, tidak nampak lagi bayang-bayang pesawat MRCA yang mana sebagai pengganti MiG-29 MKM itu...

Bagai mana pula dengan singapura, bajet pertahanan mereka sahaja sama seperti bajit BR1M 2015, aset mereka tip-top di rantau ini? pada aku mudah, singapura masih belum terbukti kehebatan ketenteraan mereka, mereka tidak pernah pergi operasi seperti yang di lakukan oleh PASKAL, GGK dan lain-lain formasi angkatan tentera malaysia, bak kata seorang pesara GGK mengenai tentera singapura "THEY ARE NOT IN THE LEAGUE"

Mungkin laman web Global Fire Power terpengaruh dengan beberapa kenyataan media yang keluar dari mulut pemimpin pembangkang negara kita yang kerap kali memperlekehkan keupayaan angkatan tentera kita, jadi terus mereka cop ATM langsung tidak mempunyai keupayaan... 

1 comment:

Unknown said...

Very nice artical. Keep it up. Skali skala membaca berkaitan patriotism amat seronok.