Saturday 17 October 2015

PUSAT KARAOKE AHMAD DHANI DI GEDUNG SARINAH TERBAKAR KELMARIN

dce5f4d5-bfb4-449f-84a0-dc87a288a49b_169

JAKARTA – Ribuan pengunjung sebuah kompleks beli-belah terkenal di Menteng, Jakarta Pusat, Gedung Sarinah gempar apabila salah satu tingkat di bangunan perniagaan tertua itu terbakar dijilat api, pada Khamis.

Lebih mengejutkan, kebakaran besar berkenaan tercetus di sebuah pusat karaoke milik penyanyi, komposer dan pemuzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani Prasetyo atau lebih popular juga disebut Ahmad Dhani.
SvwPF_23Oct2014075646
Menurut laporan jurucakap polis tempatan, kejadian tersebut yang mendapat liputan luas semua media dipercayai berpunca daripada dapur pusat karoake Ahmad Dhani yang dikenali sebagai Masterpiece ini.
Ahmad Dhani, 43 tahun; yang berasal dari Surabaya serta terkenal menerusi kumpulan Dewa 19 pernah sukses pada era 1990-an dan 2000-an lalu termasuk di negara jiran, Malaysia dan Singapura.
soft_opening_makassar
Sementara itu, suami kepada Mulan Jameela ini ketika dipetik oleh beberapa portal berita tempatan menyifatkan kebakaran tersebut berlaku kemungkinan disebabkan kelalaian salah seorang pekerjanya sendiri.
Berikutan itu, pihak polis Jakarta sedang menyiasat apakah punca sebenar kejadian berkenaan termasuk menilai semula dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar pusat karaoke eksklusif tersebut.
Gedung Sarinah setinggi 15 tingkat yang dirasmikan oleh presiden pertama Indonesia, Soekarno pada 1967 merupakan pusat beli-belah pertama di republik itu dan juga popular dalam kalangan pelancong asing.
Dalam kejadian berkenaan, dua orang pekerja Ahmad Dhani dilaporkan turut mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke sebuah hospital yang berdekatan. – MYNEWSHUB.CC

No comments: