Monday 21 September 2015

(VIDEO) :CRISTIANO RONALDO BAWA ANAK PELARIAN SYRIA MENGIRINGINYA MASUK KE STADIUM


Terdahulu viral dimedia sosial satu rakaman video seorang jurugambar wanita Hungary menahan dengan kaki seorang pelarian Syria yang mendukung anaknya sampai terjatuh telah menerima kecaman hebat orang ramai diseluruh dunia.


Hanya niat untuk menyelamatkan anak pelarian dari Syria iaitu 'Zaid' kini mereka disambut dan dialu-alukan di seluruh dunia dimana seorang lelaki yang bernama Osama Abdul Mohsen telah melindunginya dan sanggup membela nasib anak pelarian dari Syria tersebut.


Salah seorangnya adalah pemain bola tersohor dunia, Cristiano Ronaldo yang bertindak membawa bersamanya budak lelaki yang terjatuh dalam insiden berkenaan ketika Real Madrid bermain menentang Granada, semalam.
Tidak hanya membawa kanak-kanak tersebut, Ronaldo dan pasukannya turut mengenakan baju-t yang menuntut pembelaan nasib ribuan pelarian Syria yang kini melarikan diri ke Eropah bagi mendapat perlindungan daripada peperangan.

Dalam video yang dikritik masyarakat dunia seterusnya membuatkan jurugambar terlibat dibuang kerja, Osama Abdul Mohsen sedang mendukung anaknya, Zaid apabila kakinya dipintas hingga terjatuh.
Ketika perlawanan semalam, Abdul turut membawa seorang lagi anak lelakinya, Mohammad selepas dijemput oleh Real Madrid.


Zaid dilihat amat gembira setelah dibawa masuk ke padang oleh Ronaldo sebelum sepak mula dan kelibat mereka disambut tepukan gemuruh daripada penonton.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan Real Madrid 1-0 ke atas Granada. 
- MyNewsHub

No comments: