Monday, 21 September 2015

SUAMI UMMI AIDA DITANGKAP SEBAB SABOTAJ NEGARA ???


Tun Mahathir Mohamad mendakwa, sekiranya negara seperti Switzerland, Britain dan Amerika mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersalah melakukan pengubahan wang haram, beliau boleh disaman dan ditangkap.


Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan ditangkap polis antarabangsa atau Interpol jika negara asing menyiasat perdana menteri atas tuduhan pengubahan wang haram, kata Mahathir lagi.

Katanya, sekiranya negara seperti Switzerland, Britain dan Amerika contohnya, mendapati Najib bersalah melakukan pengubahan wang haram, mereka berhak menyaman beliau atau meminta Interpol menangkapnya sekiranya perdana menteri pergi ke luar negara.

"Jadi, dia kena duduk sini (dalam negara), tak boleh keluar. Macamana dia tarik pasport orang, tak bagi keluar, dia pun tak boleh keluar juga.

"Itu mungkin (berlaku). Bukan akan berlaku, tapi mungkin, dalam keadaan dunia sekarang," kata beliau.

Bekas Perdana menteri itu berkata demikian pada satu pertemuan dengan Kumpulan Melayu Berani Bersatu di sebuah restoran di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Mahathir berkata, undang-undang dunia kini berbeza daripada dahulu di mana sekiranya sesuatu jenayah dilakukan di negara ini, hanya undang-undang tempatan yang berkuatkuasa.

"Tetapi, kalau jenayah itu ada kaitan sedikit dengan luar negeri, negara lain itu mempunyai kuasa (menyiasat dan mendakwa)," katanya.

Mahathir memetik kes Presiden Sudan Omar al-Bashir yang kini dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk dibicarakan atas beberapa tuduhan, termasuk pembunuhan beramai-ramai di Darfur.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, waran ICC ke atas Omar mesti dilaksanakan oleh negara yang menandatangani Statut Rom.

"Dia (Omar) sudah didapati bersalah dan akan ditangkap kalau dia pergi ke mana-mana negara yang bersetuju dia bersalah," kata Dr Mahathir.

Beliau yang bertukar daripada penyokong kuat Najib kepada pengkritik paling tegar perdana menteri itu, sejak kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan dana politik RM2.6 bilion, merasakan Najib tidak akan meletak jawatan tetapi hanya berkemungkinan melakukannya melalui pendakwaan di luar Malaysia.

Atas sebab itulah mungkin terdapat usaha menghantar Khairuddin untuk pergi ke beberapa negara di Eropah dan Asia sebelum ini bagi mendesak siasatan dijalankan berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan 1MDB.

Pada 20 Ogos lalu Khairuddin turut menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland dan menggesa pihak berkuasa itu menyiasat aktiviti 1MDB yang melibatkan bank Switzerland dan bank antarabangsa.

Sebelum itu KPN menjelaskan kenapa Khairuddin ditangkap....


KENAPA KHAIRUDDIN DITANGKAP, INI PENJELASAN KPN.......

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menjawab dakwaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempergunakan polis untuk menangkap Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Dalam satu kenyataan lewat Ahad malam,Khalid berkata polis memandang berat dakwaan konon polis diperguna oleh Perdana Menteri untuk tutup mulut saja saja yang cuba bongkar pasal 1MDB dan penyaluran wang RM2.6 billion ke akaun peribadi Perdana Menteri.


Katanya Mahfuz sedia maklum bahawa siasatan keatas 1MDB dijalankan bukan saja oleh polis tetapi juga SPRM, Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara.

Khairuddin, suami kepada artis Umie Aida yang merupakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan ditahan petang Jumaat dan dikenakan reman enam hari untuk siasatan polis.

Dia kebelakangan ini membuat laporan kepada agensi tertentu di Britian, Peranchis, Switzerland, Amerika, Hong Kong dan Singapura mengenai isu IMDB.

"Yb Dato Mahfuz Omar juga sedia maklum bahawa proses siasatan belum selesai dan semua agensi terbabit masih memikul amanah yang dipertanggong jawabkan keatas mereka."

Menurut Khalid umum sedia maklum bahawa Khairuddin telah pun buat laporan polis berhubung perkara itu.
"Beliau seharusnya memberi ruang dan peluang kepada agensi-agensi penguatkuasa tempatan menjalankan siasatan.

"Namun beliau tetap memilih untuk mengunakan saluran perundangan asing khususnya Britian, Hong Kong, Peranchis dan Amerika Syarikat dengan tujuan mengenakan tekanan antarbangsa keatas Malaysia.

"Ini jelas merupakan satu tindakan bertujuan mencabar sistem perundangan Malaysia, mencalar kredibiliti agensi penguatkuasa tempatandan mengundang campurtangan asing dalam sistem demokrasi negara ini.

"Tindakan beliau satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara," katanya.
Khalid memberitahu polis akan menjalankan siasatan terperinci keatas dakwaan bahawa maklumat yang disalur oleh Khairuddin kepada agensi-agensi asing adalah palsu.

Dari: Agendadaily.

Post a Comment