Monday, 21 September 2015

2016 NILAI BR1M AKAN DITAMBAH ???



Walaupun sekarang ini ekonomi negara masih lagi tidak stabil dan terumbang-ambing.. Mana dengan masalah kejatuhan nilai mata wang lah, krisis itu ini! Tapi itu sedikit pun tidak menjejaskan ekonomi negara… Tambahan pula negara masih lagi mampu untuk melunaskan saki baki bayaran peringkat akhir Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini mulai esok.

Dengan pendapatan negara yang dijangka tidak meningkat tinggi pada tahun ini, namun itu sedah cukup dan memadai untuk kerajaan menggunakannya untuk menampung perbelanjaan pentadbiran dan pembangunan negara. Sebelum ini, pendapatan negara takde la terjejas sangat akibat dari krisis matawang antarabangsa tue... Sikit-sikit je.

Apa yang pasti menggembirakan untuk rakyat semua adalah… Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, dia tidak menolak kemungkinan bahawa jumlah kadar bayaran BR1M akan dinaikkan pada tahun depan untuk semua kategori penerima. Yeayyyy best tak?? Hahaaaa!

“Permintaan untuk perbelanjaan pembangunan sudah tentu akan bertambah tetapi kerajaan akan memberikan keutamaan kepada perkara-perkara yang perlu didahulukan seperti BR1M yang akan menjadi antara keutamaan kerajaan.

“Kita juga boleh menjangkakan nilai bantuan BR1M tahun depan akan ditambah, namun perkara ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2016 (23 Oktober depan),” katanya.

Kadar BR1M dijangka bakal dinaikkan bermula tahun depan jika diumumkan Najib dan penerimaan tersebut merangkumi semua peringkat, dan golongan yang berpendapatan paling rendah bakal menerima bayaran yang paling tinggi.

“Kerajaan mahu memberikan lebih sedikit bantuan untuk golongan berpendapatan rendah bagi membantu mereka mengurangkan kos sara hidup,” katanya lagi.

Sama ada pasti atau tidak kita tunggu jela PM kita umumkan dalam belanjawan 2016 pada 23 Oktober nanti yer.  -  UtaraNews.com

Post a Comment