Wednesday, 2 September 2015

SIASATAN KE ATAS DOKTOR WANITA TERLAMPAU 'PEACE'


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan telah menyelesaikan siasatan terhadap kes seorang doktor wanita yang dirakamkan gambarnya bersama pesakit di bilik bersalin baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata keputusan mengenai tindakan yang akan diambil terhadap doktor itu akan diketahui dalam tempoh sebulan.

"Antara hukumannya adalah amaran, penggantungan atau pemecatan.

"Jawatankuasa disiplin kini membincangkan kes itu," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Dr Subramaniam berkata gambar doktor itu sebenarnya diambil oleh rakan sekerja beliau yang juga seorang pegawai perubatan.

"Ia bukan gambar selfie. Rakan sekerjanya mengambil gambar itu dan dia juga berdepan tindakan disiplin," katanya.

Gambar itu diambil di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru di mana bahagian sulit pesakit dapat dilihat dengan jelas.

Sebelah tangan doktor itu kelihatan berada dalam kemaluan wanita tersebut dan sebelah lagi menunjukkan isyarat 'peace'.

Post a Comment