Wednesday, 2 September 2015

POLIS TAHAN BEKAS PEGUAM KELUARGA DIRAJA JOHOR DI SINGAPURA


PETALING JAYA: Polis Johor mengesahkan penangkapan seorang bekas peguam kontroversi yang dikehendaki di negara ini.


Menurut Utusan Online Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata, pihaknya telah menghantar pegawai bagi membawa pulang bekas peguam tersebut yang ditahan kira-kira jam 10 pagi Rabu di Singapura.

Difahamkan, individu terbabit Kamal Hisham Jaafar yang berusia 40an tiba di republik itu dari Timur Tengah bagi menziarahi saudaranya yang dirawat di sebuah hospital.

Kamal sebelum ini dicari ekoran dirinya dikaitkan dengan kes jenayah pecah amanah membabitkan wang tunai berjumlah RM660,000 yang dilakukannya tiga tahun lalu.

Sementara itu, Kamal menerusi status di Facebooknya, 31 Ogos lalu menulis, dia tidak takut untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja termasuk dengan Sultan.

Kamal menulis status seperti itu dipercayai kerana mempunyai maksud yang tersirat.

“Saya tidak takut untuk bersemuka, sejak dari kecil Abah saya telah melatih saya untuk sentiasa bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja.

“Terus terang saya katakan bahawa SAYA TIDAK TAKUT bersemuka dengan Sultan untuk menegurnya secara berdepan.

“Sifu saya telah meminta saya agar menanam prinsip berikut di dalam diri untuk membuktikan diri sebagai Lelaki sebenar atau Anak Jantan jika bertemu atau terpaksa dengan mana mana pihak yang “mencabar,” tulisnya

Post a Comment