Friday, 18 September 2015

MAHASISWA UKM DIKELAR DAN DISIMBAH CAT MENGHILANGKAN DIRI SELEPAS KELUAR HOSPITAL


KUALA LUMPUR 18 Sept - Seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diserang sehingga cedera gagal dikesan pihak universiti selepas pelajar berkenaan keluar dari Hospital.


Baca artikel berkaitan di sini

Pegawai Pusat Komunikasi Korporat UKM Radzuan Ghazali berkata, sehingga kini, pihak universiti masih belum dapat menghubungi pelajar yang dikenali sebagai Shahir Rahimi.

"Pihak Hal Ehwal Pelajar UKM masih mencari pelajar berkenaan untuk mengetahui perkara sebenar," katanya lapor Sinar Harian.

Shahir yang merupakan Presiden Gerakan Mahasiswa UKM dikatakan diserang ketika menjaga poster-poster pilihan raya kampus bagi memastikan tiada kejadian sabotaj.

Shahir dikatakan mengalami kecederaan akibat dikelar sebelum disimbah cat pewarna.

Post a Comment