Friday, 18 September 2015

RAFIDAH AZIZ BUTA SEJARAH DAN AGAMA ???


Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) Mohamed Hafiz Mohamed Nordin menyifatkan kenyataan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tan Sri Rafidah Aziz yang mengatakan bangsa Melayu tidak perlu memperkenalkan diri berikutan hidup di negara majmuk sebagai buta sejarah dan agama.

Rafidah sebelum ini juga dilaporkan mengatakan Tanah Melayu kini sudah tiada, yang ada cuma Malaysia.

Beliau berkata demikian bagi mengkritik perhimpunan baju merah yang diadakan pada 16 September lalu bagi memperingati kaum Cina di negara ini agar tidak melampaui batas.

Susulan itu, Hafiz menasihati Rafidah agar belajar semula sejarah kemerdekaan negara serta memahami tujuh wasiat Raja-raja Melayu.

Hafiz berkata, beliau tidak menyangka Rafidah yang merupakan bekas menteri mengeluarkan kenyataan bodoh mengenai hak istimewa orang Melayu di negara ini.

Jelasnya, sebagai bekas menteri dan bekas pemimpin parti Melayu, Rafidah tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan yang mempertikai hak orang Melayu di tanah airnya sendiri, sebaliknya menasihatkan bangsa lain dalam negari ini agar menghormati bangsa asal dan bangsa yang lebih awal menjadi penghuni bumi Melayu ini.

Hafiz turut menyifatkan kenyataan Rafidah sebagai tidak berpijak di bumi yang nyata dan mempersoalkan kaum yang dianuti oleh bekas menteri MITI itu.

"Rafidah patut belajar semula sejarah. Saya tidak sangka seorang bekas menteri, seorang bekas pemimpin parti Melayu Umno tidak faham tentang keistimewaan Melayu dan Perlembagaan Persekutuan dan tidak patuh kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan terutamanya artikel 153, 152 dan 89 yang bersabit dengan keMelayuan.

"Kenyataan beliau itu tidak berpijak di bumi yang nyata. Siapa Rafidah untuk menidakkan bangsa Melayu? Tuhan?

"Jadi saya ingatkan kepada semua umat Melayu untuk tidak terpengaruh dengan fahaman songsang Rafidah," kata Hafiz.-Utaranews.com



Post a Comment