Tuesday 22 September 2015

KHIR TOYO DIDAPATI BERSALAH.. TAWAR KHIDMAT PERGIGIAN SELAMA 2 TAHUN GANTI HUKUMAN PENJARA....



Akhirnya, Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo terhadap sabitan diatas kesalahan mendapatkan untuk beliau dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai jutaan ringgit, lapan tahun lalu. 

Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, sebulat suara menolak rayuan akhir Mohamad Khir. Bagaimanapun hukuman ke atasnya ditangguhkan selama 30 minit untuk membolehkan peguam membuat rayuan meringankan hukuman. Pada 23 Disember 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan terhadap Khir dan memerintahkan hartanah yang terlibat dalam kes itu dirampas. 



Khir dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui Shamsuddin Hayroni yang merupakan pengarahnya. 

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu. - IBM

Bagaimanapun, peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad khir Toyo sedia menawarkan khidmat komuniti dalam bentuk menyediakan rawatan pergigian kepada orang miskin selama dua tahun.
Tawaran itu dibuat oleh Mohamad Khir untuk menggantikan hukuman penjara selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Ini kali pertama khidmat komuniti ditawarkan menggantikan hukuman penjara bagi kesalahan rasuah.
“Saya masih memiliki lesen amalan dan masih merawat rakan-rakan dan anggota keluarga,” katanya.
Khir yang juga menjelaskan kepada mahkamah bahawa Selangor telah berkembang bawah kepimpinan beliau dalam tempoh lapan tahun menjadi MB.
Mahkamah akan memberi penghakiman terhadap bekas MB Selangor itu pada Selasa jam 2.30 petang. -  SUMBER

No comments: