Tuesday 22 September 2015

AKSI NGERI LUMBA HARAM MOTOSIKAL REMPUH EXORA DI LEBUHRAYA KESAS




(Video) Rakaman Saat Cemas Ketika Kemalangan Melibatkan Satu Aktiviti Lumba Haram Di Lebuhraya KESAS

Tersebar hari ini di laman sosial hari ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Semut Gergasi dua buah video kejadian kemalangan yang melibatkan perserta lumba haram di Shah Alam Expressway (Lebuhraya Kesas).

Berdasarkan video yang dimuatnaik tersebut menunjukkan kira-kira enam buah motosikal sedang berlumba di atas lebuhraya berkenaan sambil di tonton kira-kira ratusan orang yang lain.

Bagaimanapun ketika pelumba sedang berlumba dilihat seorang daripada mereka telah cuba memotong sebuah kereta jenis proton Exora yang melalui kawasan tersebut tetapi gagal menyebabkan dia terlanggar belakang bahagian kanan kereta berkenaan lalu hilang kawalan merempuh pelumba haram yang lain.

Proton Exora yang dirempuh peserta lumba haram sebelum terbabas

Kredit: Semut Gergasi

Kerana rempuhan tersebut menyebabkan ke semua pelumba haram berkenaan terbabas dan terseret di atas jalan raya kira-kira 100 meter di mana serekan berkenaan mengeluarkan api hasil geseran motosikal dengan jalan.

Berdasarkan komen kejadian dikatakan baru berlaku tetapi tidak dinyatakan waktu dan kebanyakkan mereka perserta lumba haram ini mengalami kecederaan dan ada yang parah.

Apa yang terjadi ini bolehlah dijadikan sebagai iktibar, jangan bila ada melibatkan kehilangan nyawa baru nak menyesal tidak berguna. –Siakapkeli



Bagaimanapun, video yang memaparkan mat rempit terjatuh beramai-ramai dalam satu perlumbaan haram di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dekat sini awal pagi semalam tidak membabitkan kematian seperti mana tersebar di media sosial.

Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Azmi Mansur berkata, sebaliknya mangsa hanya mengalami kecederaan. 

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu mat rempit terbabit berlumba di lebuh raya itu sebelum terbabit kemalangan dengan kereta. 

Katanya, kemalangan itu menyebabkan empat mat rempit terjatuh namun polis hanya menerima laporan berhubung kejadian daripada pemandu kereta berkenaan. 

"Pemandu kereta terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Klang Selatan petang tadi. 

"Polis masih menjalankan siasatan terutama mengesan mereka yang terbabit dengan perlumbaan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu wakil penganjur ketika dihubungi turut menyatakan tiada kematian dalam kemalangan itu sebaliknya empat pelumba terjatuh dan cedera.

Katanya, gambar yang menjadi viral itu sebenarnya kemalangan di Lebuhraya Persekutuan sebelum ini.

"Video yang menjadi viral itu memang betul tetapi gambar terbabit adalah kemalangan beberapa bulan lalu di Lebuhraya Persekutuan dan tak sangka ia menjadi viral," katanya.

Artikel myMetro ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2015 @ 8:31 PM



Polis sedang mengesan sekumpulan lima penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam kegiatan lumba haram sehingga berlaku kemalangan di Lebuhraya Kesas, berhampiran susur keluar ke Alam Impian, Klang, awal pagi tadi.

Kegiatan perlumbaan haram membabitkan lima penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ itu dirakam oleh puluhan penonton yang berada di tepi lebuh raya berkenaan pada jam 5 pagi sebelum beberapa versi rakaman tersebar dalam laman sosial, beberapa jam selepas kejadian berlaku.

Dalam video itu, lima penunggang terbabit didapati sedang berlumba dari arah Jalan Kebun menuju ke arah ibu negara, sebelum empat dari mereka terjatuh dan terseret selepas gagal mengawal motosikal yang ditunggang dalam keadaan laju dan merbahaya selain turut melanggar sebuah kereta jenis PROTON Exora.

Pegawai Turut Trafik Selangor, Deputi Superintendan Azmi Mansor, berkata pihaknya kini sedang berusaha mengenalpasti semua individu yang terbabit dalam aktiviti itu selepas menerima laporan dari seorang pemilik kereta itu petang semalam di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, petang semalam.

"Berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, semua penunggang yang dipercayai terbabit dalam kegiatan perlumbaan haram itu serta penonton yang berada di kawasan berhampiran dipercayai melarikan diri selepas berlakunya kemalangan berkenaan.

"Namun pihak polis sedang berusaha mendapatkan beberapa maklumat dan keterangan daripada pemandu itu bagi membolehkan mereka yang terbabit dikenalpasti," katanya ketika dihubungi BH.

No comments: