Friday, 4 September 2015

KELAYAKAN PIALA DUNIA - NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA JADI PASUKAN BELASAHAN


HONG KONG : Selain skuad Harimau Malaya, turut menerima nasib hampir sama di kalangan negara Asia Tenggara pada saingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 malam tadi adalah Myanmar, Laos dan Timor Leste. 


Emiriah Arab Bersatu (UAE) kenduri gol ke atas skuad bimbingan Dollah Salleh 10-0 di Abu Dhabi pada aksi Kumpulan A. 

Myanmar pula dibelasah 9-0 oleh Kuwait di gelanggang lawannya itu pada saingan Kumpulan G Laos yang turut berada di kumpulan sama terkapai-kapai dibelasah Korea Selatan 8-0 di tempat lawannya. 

Timor Leste pula dibelasah Arab Saudi, 7-0 di laman lawannya itu dalam saingan Kumpulan A 

Begitupun, keputusan dengan jaringan terbesar malam tadi adalah membabitkan saingan Kumpulan C yang menyaksikan Qatar kenduri gol membelasah Bhutan, 15-0. 

Satu lagi pasukan Asia Tenggara, Kemboja bagaimanapun hanya ditewaskan 3-0 oleh bekas juara Asia, Jepun manakala Singapura tunduk 1-0 kepada Syria pada saingan Kumpulan E. 

Berikut adalah keputusan penuh semua perlawanan kelayakan bagi Zon Asia: 

KUMPULAN A 


UAE 10 - (Mohannad Salim m-16, Ali Ahmed Makhbout m-22, m-33, m-75, Ahmed Khalil m-24, m-29, m-71, m-78, Habib Abdullah m-25, Mohamed Ahmed m-37) 
MALAYSIA 0 

ARAB SAUDI 7  - (Yehya al-Shahri m-3, Mohamed al-Sahlawi m-23-pen, m-26, m-71, Salman al-Faraj m-30, Tasir al-Jassim m-33, Fahad al-Muwallad m-73) 
TIMOR LESTE 0 

KUMPULAN B 

AUSTRALIA 5 - (Leckie m-6, Rogic m-8, m-20-gs, Burns m-29, Mooy m-61) 
BANGLADESH 0 

JORDAN 0 
KYRGYZSTAN 0 


KUMPULAN C 

CHINA 0 
HONG KONG 0 


QATAR 15  - (Mohamed Mousa m-8, m-27, Mohamed Kasola m-18, Ali Asadalla m-20,m-45, m-63, Hassan Khalid m-26, m-87, Mohammed Muntari m-38, m-41, m-48, Akram Afif m-56, Boualem Khoukhi m-61, m-69, Ismail Mohamed m-75) 
BHUTAN 0 

KUMPULAN D 

IRAN 6  -  (A Dejagah m-10-pen, M Taremi m-31, m-65, S Azmoun m-34, m-41, M Torabi m-89) 
GUAM 0 

OMAN 3  - (Raeed Saleh m-7, M Saparow m-10 gs, Emad al-Hosani m-59) 
TURKEMINSTAN 1  - (A Amanow, m-83) 

KUMPULAN E 

JEPUN 3  - (Honda m-28, Yoshida m-50, Kagawa m-61) 
KEMBOJA 0 

SYRIA 1  - (Oday al-Jafal m-60) 
SINGAPURA 0 

KUMPULAN F 

IRAQ 5  -  (Ali Adnan m-37, Ali Husni m-59, Ahmed Yasin m-80, Younis Mahmoud m-88, Justin Meran m-90+1-pen) 
CHINESE TAIPEI 1 (Wen Chih-Hao m-86) 

KUMPULAN G 

KOREA SELATAN 8  -  (Lee Chung-Yong m-9, Son m-12, m-74, m-81, Kwon m-30, m-75, Suk m-57, Lee Jae-Sung m-90+4)
LAOS 0 

KUWAIT 9  -  (Yousuf Nasser m-10, 18, Ali al-Maqseed m-12, Faisal al-Harbi m-46, Zaw Min Tun m-57-gs Abdulazia al-Mishan m-61, Bader al-Mutawa 69-pen, m-89, 90+3) 
MYANMAR 0 

KUMPULAN H 

UZBEKISTAN 1  - (A Geynrikh m-51) 
YEMEN 0 

BAHRAIN 0 
KOREA UTARA 1 - (Gwan il-Jong m-41) - AFP

Post a Comment