Friday 4 September 2015

DEMONSTRASI BERSIH 4 KERJA BODOH !!!


Himpunan haram jalanan Bersih4 benar-benar merosakkan keamanan negara. Dalam keadaan kemelesetan ekonomi dunia, kita sepatutnya sehati sejiwa mengharunginya demi memastikan negara sentiasa aman dan makmur.

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan penyokong Bersih 4 kerana membuat perhimpunan jalanan.

Di laman Facebook miliknya, Nurulhidayah Ahmad Zahid menyifatkan protes itu sebagai perbuatan bodoh dan lebih baik penyokong-penyokong yang terlibat memasuki askar dari membuat demo jalanan.

“Nak sangat pertahankan NEGARA konon? Pergi masuk Askar la. Jaga sempadan.

“Pegi Ops Pasir.. segala mak bapak Ops korang bole rasa. Nie takat uniform kuning bangga dapat masuk TV, masuk paper.. apa ke jadahnya?

“Don’t make me speak Malay language because I will speak the language that made u really understand.

Nurulhidayah juga turut menyatakan perasaan kesalnya kerana pernah berdemo ketika pada 1998 ketika era reformasi. Ketika itu, ayahnya, Zahid Hamidi pernah ditangkap oleh ISA kerana dilihat sebagai sekutu Anwar Ibrahim ketika era pemerintahan Mahathir.

“Berani sangat la tu konon nak bangkang macam tu? Aku pernah merasa zaman 1998 macam korang. Betapa BODOH nya aku ketika itu sbb berkumpul nak seronok2.

“Time tu aku suruh Tun Mahathir turun. Aku percaya ramai yang mcm tu dulu. Tapi zaman skrg dah tak releven babe kat atas jalan ni!

“Negara luar tu dok perhati jer nak Malaysia ni huru hara. Malas la nak cakap. Pendapat aku – ITU KERJA SIA2. Dalam bahasa mudah faham – KERJA BODOH!”, tulisnya di Facebook

Selain dari itu, turut kelihatan beberapa rentetan posting di Facebook yang menyuarakan pendapatnya mengenai Bersih 4.

Walaubagaimanapun  jumlah yang hadir meraikan perarakan hari Kemerdekaan pada 31 Ogos jauh lebih ramai daripada yang menyertai demo haram tersebut. Selain daripada itu Bersih4 didominasikan oleh kaum Cina. Mereka seperti mahu mengulangi Tragedi 13 Mei. Oleh itu pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam Bersih4 ini.


MAKLUM BALAS  :

Anak Zahid Hamidi: Saya juga berhak bersuara

Anak Zahid Hamidi: Saya juga berhak bersuara

SEBAGAI rakyat Malaysia, anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri juga berhak menyuarakan pendapat beliau.
"Saya bukan ahli parlimen di kawasan anda atau wakil rakyat anda. Saya warganegara Malaysia yang juga ada hak bersuara," kata anak perempuan Datuk Seri Dr Ahmad‎ Zahid Hamidi, Nurul Hidayah.
Menurut beliau, perkongsian sebelum ini di Facebooknya disalahertikan dan beliau telah diserang secara peribadi akibat hal tersebut.
"Saya tak menyentuh perkauman atau bangsa. Saya cuma pertikaikan kewarasan segelintir anda yang tidur di jalanan kononnya menyatakan kebenaran.
"Saya disalahertikan ketika menyatakan perhimpunan Bersih 4.0 adalah perbuatan yang sia-sia dan bodoh. Saya diserang secara peribadi," katanya di laman Isntagram, @sayanurulzahid.
Beliau juga memaafkan mana-mana pihak yang 'menghina seluruh keturunannya'.
"Saya pohon pada Tuhan agar anda dan seluruh keluarga dan keturunan anda dilindungi dan terlindung oleh fitnah manusia.
"Life must go on (Hidup perlu diteruskan)," akhirinya. 
Semalam, perkongsian Nurul Hidayah di laman Facebooknya mendapat perhatian pelayar laman sosial selepas perkongsian tersebut disalahertikan.

No comments: