Friday, 21 August 2015

TABIAT SYAITAN PELAJAR TAHFIZ LIWAT JUNIOR HINGGA PENGSAN CAMPAK DALAM SEMAK !!!


ALOR GAJAH : Usianya baru 10 tahun, namun seorang murid lelaki sebuah sekolah tahfiz di daerah ini, di sini, menanggung azab apabila mendakwa dipaksa melayan nafsu songsang empat pelajar senior yang meliwatnya.


Perbuatan keji empat pelajar terbabit terbongkar apabila mangsa yang tidak tahan dengan perlakuan itu menceritakan kejadian menimpanya kepada pengurusan sekolah berkenaan yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada keluarganya.

Dalam kejadian terbaru jam 8 pagi, 14 Ogos lalu, mangsa diliwat bergilir-gilir dan dipaksa melakukan seks oral oleh empat pelajar senior terbabit.

Menurut sumber, dalam kejadian itu empat pelajar terbabit membawa mangsa ke kawasan pokok buluh berhampiran padang sekolah sebelum meliwatnya bergilir-gilir hingga dia tidak sedarkan diri.

“Seorang daripada empat murid itu didakwa menutup mulut dan hidung manakala tiga rakannya memaksa mangsa melakukan onani sebelum mereka bergilir meliwat mangsa.

“Selepas mangsa diliwat, keempat-empat pelajar itu memapahnya sebelum dia dicampak di kawasan semak berhampiran asrama sekolah,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/71933#sthash.vQlaO26h.dpuf


p/s :  Gambar sekadar hiasan

Post a Comment