Thursday, 20 August 2015

KECOH PENGANTIN PEREMPUAN SOLAT TUNJUK 'BONTOT'


Kecoh jadinya apabila sekeping gambar yang memaparkan sepasang pengantin yang baharu sahaja bernikah menunaikan solat sunat ‘bersama’ mendapat kritikan hebat daripada pengguna media sosial tempatan.

Gambar itu mencetuskan pelbagai reaksi akibat kesalahan yang ditunjukkan adalah amat jelas di mana posisi atau kedudukan makmum iaitu si pengantin perempuan yang dikatakan kurang tepat dari segi syarak.

Selain itu potongan gaun pengantin perempun yang digunakan untuk bersolat juga adalah agak ketat sehingga memaparkan jelas bentuk tubuh pinggulnya sendiri apatah lagi terbuka dipandang bukan muhrim.

Memang memakai telekung bukan benda wajib, namun bagi wanita, pakaian untuk solat mestilah longgar dan tidak menampakkan secara nyata rupa bentuk tubuh badan demi mengelakkan bahaya ‘fitnah’ mata.

Bak kata seorang netizen yang beri komen pedas terhadap gambar itu. “Suami bayar mas kahwin, lelaki lain yang jamu mata free.. tu namenye belanja,” ulas seorang pengguna hanya dikenali Wan Mohamad Fadhli.

Bukan niat kami untuk menjatuhkan maruah individu tersebut, namun perkara seperti ini yang mungkin pernah berlaku adalah sebenarnya pengajaran bagi dijadikan renungan buat kita semua bersama agar tidak berulang lagi.

Di dalam kaedah tatatertib sembahyang, seorang suami yang mengimamkan isteri ketika bersolat jemaah harus berada di hadapan isteri dan kedudukan isteri pula mesti di belakang suami, bukannya di tepi suami.

Kedudukan di tepi imam itu adalah posisi lazim untuk seorang makmum lelaki jika solat dilakukan secara berdua manakala jika bertiga atau lebih, barisan saf adalah dalam keadaan lurus melintang panjang di belakang imam.

Seperti mana gambar kombo ditunjukkan oleh personaliti terkenal, Ustaz Don mengenai kedudukan sebenar untuk bersolat jemaah bagi pasangan suami isteri berdua sahaja, inilah rupanya bentuk posisi yang betul.


Perkara ini turut dijelaskan lagi oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menerusi pertanyaan yang diajukan kepadanya mengenai kedudukan solat secara berjemaah antara suami dan isteri.


Semoga kita semua mendapat manfaat, pengajaran dan mengambil iktibar bersama di atas apa yang berlaku, insyaAllah. -Kedahnews.com 

Post a Comment