Friday, 7 August 2015

PESURUHJAYA PAS PERAK SAHKAN RM2.6B KE AKAUN PM ADALAH DERMA


Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria hari ini tampil mengesahkan wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah wang derma.


Razman menerusi status di laman Facebook miliknya berkata, Najib sendiri telah memberitahu bahawa wang yang dimasukkan ke akaunnya adalah wang derma.

Jelasnya, jawapan yang diberikan oleh perdana menteri itu telah menyelesaikan persoalaan yang timbul oleh beberapa pihak, oleh itu ia tidak  perlu dipertikaikan lagi 

"Duit yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebanyak RM2.6 bilion atau 2,600,000 itu adalah derma.

"Tiada kesalahan dibawah mana-mana peruntukan undang-ungang Bank Negara dan SPRM atau SPR. Tutup kes," tulis Razman di laman Facebook miliknya.

Dalam masa sama, Razman menyeru semua pihak supaya menerima keputusan ini sebagaimana menerima keputusan mahkamah mengenai kes Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim dipejara 5 tahun. Rakyat hormati mahkamah dan undang-undang negara," tulisnya.-Utaranews,com-

Post a Comment