Friday, 7 August 2015

ENGGAN BERSETUBUH DENGAN MILITAN IS, WANITA DIBUNUH KEJAM...... MASYA ALLAH!!!


BAGHDAD — Marah kerana menolak untuk melakukan persetubuhan dengan beberapa anggota militan IS, sejumlah 19 wanita dihukum bunuh atas dakwaan enggan mengadakan hubungan seks bersama jemaah lelaki.



Perkara itu didedahkan seorang pegawai Kurdish tempatan, Said Mimousini kepada stesen televisyen Iraqi News, yang mendakwa anggota IS telah bertindak kejam tanpa belas kasihan membunuh kumpulan wanita terbabit.

Dia menjelaskan, mangsa terbabit dipercayai dikurung terlebih dahulu di ‘ibu kota’ IS di Iraq iaitu Mosul yang terletak agak jauh ke utara Baghdad sebelum mereka dihukum mati tanpa perbicaraan sejak beberapa hari lalu.

“Pelaksanaan hukuman mati itu dijatuhkan setelah wanita berkenaan menolak berhubungan seks dengan anggota IS,” ujar Said yang juga adalah jurucakap Parti Demokratik Kurdish ketika ditemuramah stesen tempatan tersebut.

Lebih teruk dia menjelaskan, ramai anggota IS dari pelbagai negara sempat berselisih faham akibat berebutkan ramai perempuan tawanan itu untuk disetubuhi selepas penat berjuang sengit di medan pertempuran.

Post a Comment