Monday 31 August 2015

HADIR BERSIH 4 : TUN M BERI PELURU PADA CINA DAP TUMBANGKAN BN UMNO ???


Semenjak Anwar terpenjara kali kedua, kita bukan hanya berhadapan dengan PKR, DAP dan PAS; tetapi termasuklah Mahathir. Ini menyebabkan kami terpaksa menjawab segala kecaman danahs fitnah Mahathir. Seperti biasa, bila kita menjawab Mahathir, semua juak dan kuncu Mahathir akan menyerang kita bertubi-tubi kerana mereka menganggap Mahathir ini terlalu maksum dan sempurna.


Hari ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mahathir. Kenyataan beliau di Pasir Gudang menyokong demonstrasi bagi menggulingkan kerajaan pimpinan Najib membuka mata dan pemikiran pentaksub beliau yang mula sedar bertapa terdesaknya Mahathir hingga menyeru rakyat bangkit mengulingkan Najib sepertimana Marcos digulingkan di Filipina. 



Lebih mengembirakan saya hari ini bila Mahathir buat satu tindakan yang paling bodoh dalam hidupnya iaitu dengan menyertai perhimpunan Bersih 4, Maghrib tadi. Segala apa yang beliau ludah selama ini telah beliau jilat balik. Perhimpunan Bersih hari ini cuma tinggal 10% Melayu dan India, manakala 90% lagi Cina. Apakah tujuan Mahathir memberikan nyawa kepada Cina DAP untuk mengulingkan kerajaan Barisan Nasional? - Luahan sahabat

No comments: