Tuesday 11 August 2015

FITNAH JADI MAKANAN RUJI ! VIRALKAN GAMBAR ROSMAH JALAN MENDAHULUI NAJIB UNTUK HASUT RAKYAT BENCIKAN PM !!!

Gambar yang sengaja dijadikan bahan viral untuk mencetus kebencian rakyat terhadap Najib dan Rosmah

Pembantu kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor telah tampil menperjelaskan situasi sebenar perihal beberapa keping gambar yang sengaja diviralkan pihak tertentu untuk mencetus kebencian rakyat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut penjelasan Rizal yang ditulis menerusi laman sosial Facebooknya, isteri Perdana Menteri bukan merupakan satu-satunya isteri pemimpin yang hadir ke majlis sambutan Hari Kebangsaan Singapura pada Ahad lalu.

"Datin Sri Rosmah satu-satunya isteri ketua negara yang hadir?

"Anda tengoklah sendiri gambar Utusan Malaysia hari ni.. Isteri Naib Presiden Indonesia ada, Vietnam dan New Zealand pun bawak.. daripada 8 Ketua Negara/Wakil yang hadir, 4 bawak pasangan masing-masing.. pastu Isteri PM Singapura pun ada..," tulis Rizal.

Beberapa orang isteri kenamaan dan pemimpin negara turut hadir di majlis tersebut.
Rizal menjawab pihak tertentu yang sebelum ini menabur tohmahan menerusi sekeping gambar yang seolah-olah memperlihatkan Rosmah seolah-olah satu-satunya isteri ketua pemimpin yang hadir pada sambutan tersebut.

Gambar yang disebar kononnya hanya Rosmah sahaja isteri pemimpin yang hadir di majlis berkenaan.
Selain itu, Rizal turut mendedahkan dakyah pihak berkenaan yang cuba mencetus kebencian rakyat pada Rosmah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menerusi sekeping lagi gambar yang mendakwa kononnya isteri Perdana Menteri itu jalan "mendahului" suaminya.

Jelas beliau, Rosmah terpaksa berjalan dahulu di hadapan kerana tempat duduk beliau yang disediakan pihak penganjur berada di sebelah dalam di atas pentas berkenaan.

"Datin Seri Rosmah jalan di depan Datuk Seri Najib… cuba tengok susunan tempat duduk… macam pergi tengok wayang, siapa yang duduk sebelah dalam masuk dulu.

"Tempat duduk dan kedudukan masuk semuanya ditentukan oleh protokol Singapura. Kita ni tetamu ikut je lah…," jelas Rizal lagi.

Sebelum itu, pihak yang menabur dakyah kebencian terhadap Najib dan Rosmah itu telah mencetus persepsi di minda warga netizen sehingga ada yang mendakwa isteri Perdana Menteri itu bersikap "bossy" dan mendahului suaminya. -Kedahnews.com

No comments: