Tuesday 11 August 2015

FITNAH JADI MAKANAN RUJI ! PM DAN KERAJAAN JOHOR PUN TERPALIT ....


YAB Perdana Menteri berlepas ke Singapura pada sebelah malam hari Sabtu atas undangan republik tersebut sempena Hari Kemerdekaan Singapura.
Sebelumnya beliau merasmikan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu di Putrajaya International Convention Centre. (PICC).
Pada pagi Ahadnya pula, YAB Perdana Menteri telah merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang dengan menaiki kereta rasmi dari Singapura dan kembali semula ke Singapura bagi menghadiri acara-acara rasmi lain yang turut dianggotai oleh para pemimpin negara-negara anggota ASEAN.
telah pergi ke perasmian mesyuarat umno bahagian pasir gudang pada pagi ahad dengan menaiki kereta dari singapura dan selepas majlis telah kembali ke singapura utk program rasmi di sana yg turut dihadiri pemimpin negara2 asean dan sultan serta tengku mahkota johor.
Admin juga difahamkan bahawa pada sebelah siang tadi YAB Perdana Menteri telah berlepas ke Kuching sempena sambutan bulan kemerdekaan. Beliau berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura setelah selesai acara-acara rasmi di republik tersebut.
Adalah tidak wajar mengatur fitnah mengatakan bahawa YAB Perdana Menteri tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Senai. Tambahan pula beliau bertemu mesra dengan Ke Bawah Dulu Tuanku Sultan Johor Semasa di Singapura.
Sebarang usaha mengeruhkan hubungan antara Johor dan Kerajaan Pusat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sebenarnya menggambarkan ketandusan modal fitnah dan satu pengkhianatan ke Bawah Duli Tuanku.
FB GEGAR Rakyat~ Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada


Kerajaan Negeri hari ini mengkritik dakwaan dalam posting dan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terpaksa menggunakan kereta dengan nombor plat Singapura untuk kegunaan beliau sepanjang berada di Johor, di Facebook yang menjadi viral.

Gambar berkenaan menunjukkan beberapa kereta eksekutif dengan nombor plat pendaftaran Singapura, di Dewan Serbaguna Mawar di Pasir Gudang ketika menghadiri mesyuarat Umno Pasir Gudang, semalam.

Menurut posting yang juga disebarkan melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram hari ini, Sultan Johor yang meminta kerajaan negeri menggunakan kereta Singapura itu.

Namun hal ini dinafikan oleh setiausaha akhbar Menteri Besar Johor, Asri Khalbi yang berkata, kerajaan tahu mengenai gambar-gambar yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Kerajaan negeri mengutuk tindakan menyebarkan gambar-gambar berkenaan yang dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memutuskan hubungan baik antara kerajaan negeri dan istana Johor dan kerajaan persekutuan,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Asri menerangkan, Najib adalah Perdana Menteri Malaysia dan ketibaannya disambut mengikut protokol yang sepatutnya oleh kerajaan negeri.

“Dakwaan dalam gambar berkenaan tidak benar,” katnaya dan menekankan bahawa hubungan antara istana Johor dan kerajaan negeri, sangat baik.

Najib dan rombongannya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura atas jemputan kerajaan Singapura atas sambutan Hari Kebangsaan ke-50 pada Ahad.

Perdana Menteri mendapat layanan terhormat seperti ketua kerajaan dari negara Asean yang lain yang dijemput khas untuk acara berkenaan.

Difahamkan kereta-kereta eksekutif yang digunakan, disediakan oleh pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura untuk kegunaan Najib dari Singapura ke Pasir Gudang di mana beliau merasmikan mesyuarat bahagian atas kapasiti sebagai presiden Umno.

Beliau kemudian pulang ke Singapura di mana beliau menjadi tetamu untuk sambutan Hari Kebangsaan, pada Ahad - sumber

No comments: