Tuesday 16 June 2015

KISAH PEMANDU TEKSI BANGSA MELAYU DI SINGAPURA KUTUK MALAYSIA KAW2... DI SINGAPURA MELAYU KELAS KE-5 JER !!!!


Selama 3 hari kami menghadiri persidangan di Singapura, kami berulang alik dari tempat penginapan ke hospital dengan menaiki teksi. Maka semasa dalam teksi saya lihat topik perbincangan wajib apabila pemandu teksi tahu kami dari Malaysia adalah ttg politik Malaysia.


Kami (para doktor Malaysia) terdiri daripada pelbagai latar dan pandangan politik dan kebiasaanya kami mengelak utk berbicara ttg topik tersebut. Kami faham, mereka (pemandu teksi) hanya mencari topik utk berbual dgn penumpang. 2 drpd pemandu teksi yg kami gunakan khidmat kebetulan berbangsa Cina dan faham apabila kami menolak utk berbicara politik dan mengalihkan topik kepada makanan dan tempat2 menarik di Singapura.

Agak malang kerana pada satu hari kami menaiki teksi yg dipandu oleh seorang pemandu Melayu Singapura. Seperti dijangka beliau bertanya ttg politik Malaysia tetapi meskipun kami tegaskan kami tidak berminat berbicara, beliau berterusan bercakap ttg politik Malaysia. Dia memaki hamun UMNO, Tunku Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir dan DS Najib. Penggunaan kata2nya kesat dan tidak menghormati orang yg sudah meninggal dunia. Malah apa yg mengejutkan kami Bekas Perdana Menterinya sendiri Lee Kuan Yew juga dimaki olehnya. Dia mengisytiharkan dirinya sbg penyokong Anwar Ibrahim yg baginya merupakan mangsa fitnah.

Baginya UMNO rasuah, Najib altantuya, Mahathir Mamak kaki fitnah, Tunku bodoh bla bla bla.
Saya sangka saya seorang saja yg bingit telinga dan rasa marah yg amat dgn apa yg berlaku tapi rupa2nya rakan2 saya (yg kebetulan semuanya doktor wanita) juga mula marah, menyampah dan menegur pakcik itu agar tidak meneruskan perbuatannya.
Mereka sebut, "pakcik, cukuplah...kami tak minat politik."
Dibentak balik oleh pakcik itu, "Kamu tak minat politik tapi saya minat!"

Betul2 shocking! Entah apa dendam dan bencinya pada Malaysia saya pun tak faham. Rakan2 Singaporean yg saya kenal amat berhemah dan menghormati kami sbg tetamu. Malang kami terjumpa spesies mcm ni.

Dipendekkan cerita, setelah bertikam lidah seketika akhirnya saya sedar yg beliau terlalu rendah akalnya utk dirasionalkan. Berikut adalah perbualan akhir antara saya dan beliau sebelum kami turun kerana telah tiba ke destinasi.

Pakcik teksi: Apa UMNO buat utk Malaysia? Singapore maju. Malaysia apa yg kamu semua dapat?

Saya: Pakcik...kami belum solat Asar. Dah lewat utk solat ni. (Masa 5.30ptg).

Pakcik teksi: Pakcik pun belum. Masa Asar panjang. Sebelum pukul 7 boleh sembahyang.

Rakan2 saya: Mana boleh pakcik. Solat kena awal waktu.

Pakcik teksi: Siapa kata? Kita ada urusan (pandu teksi). Boleh lewat.

Saya: Pakcik, tadi di hospital saya cari tak jumpa tempat solat. Saya tanya urusetia program dan kakitangan hospital, mereka kata di hospital mereka tiada surau. Di hospital saya di Malaysia, setiap level floor ada surau.

Pakcik teksi: Siapa kata takde. Ada di bumbung hospital.

Saya: Oh...kenapa bila saya tanya urusetia dan staff takde sorang yang tahu? Malah dgn yakin mereka sebut takde surau?

Pakcik teksi: Kamu kena tanya dgn budak Melayu. Mereka yg tahu. Kalau kamu tanya dgn orang Cina mana mereka tahu!

Saya: Oh! Saya tak jumpa doktor Melayu utk saya tanya ttg surau.

Pakcik teksi: Haaa...itulah kamu. Lain kali cari budak Melayu. Orang Cina mana tahu.

Saya cuma ketawa sambil berbisik dalam hati, "Kat negara aku, orang Cina dgn India pun tau surau, masjid kat mana."

Selepas itu saya bayar tambang teksi dan terus turun.
Sebelum beredar dia sekali lagi melaungkan bahawa dia orang Anwar dan melaungkan slogan reformasi!

Sahabat2 saya yang lain geleng kepala dan menyatakan perasaan terkejut mereka dgn apa yg berlaku.
Paling best ada antara depa sebut, "Walaupun aku tak setuju dgn beberapa perkara ttg kerajaan, tapi bila orang luar kutuk negara dan pemimpin kita, aku sangat marah."

Terfikir aku sejenak....Fahamkah pakcik teksi tu berkenaan objektif topik perbualan akhir aku?
Dalam kereta tu ada 5 orang doktor pakar Melayu yg jadi doktor hasil Dasar Ekonomi Baru yg dibuat oleh kerajaan yg dipimpin UMNO.


Lagi pakcik tu mau tanya apa UMNO buat utk negara?

Sumber FB: Abdul Rahman Abdul Kadir


Komen dari BLOG :

Melayu di Singapura sekadar balachi jer.Syiok sendiri tinggal di negara maju konon tetapi kalau jadi penduduk kelas-5 pun tak guna jugak.

Di Singapura, susunan hierarchy mengikut sistem kasta mereka adalah;

1. Cina Singapura/Hongkong/Taiwan
2. Mat Salleh
3. India/Serani
4. Cina Tanah Besar
5. Melayu
6. Filipina
7. Indonesia/Bangla


ANDA ..... nilailah sendiri... BN lebih baik untuk Malaysia atau PR pilihan anda ????

No comments: