Tuesday, 16 June 2015

'MAK LAMPIR' ZURAIDA KECIK ATI BUNG MOKHTAR KATA DIRINYA MACAM HANTU !!!


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan kenyataan seksi di Parlimen.

Kali ini, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamarudin menjadi ‘mangsanya’.

Dalam persidangan Parlimen pada Isnin, Bung berkata, wajah Zuraida menyerupai hantu, seperti yang didakwa di laman sosial.

“Ada orang cakap di laman sosial wajah Zuraida macam ‘mak lampir’,” katanya ketika berhujah mempertahankan teguran yang dibuat terhadap Zuraida pada 9 Jun lalu.

Dalam sidang Parlimen 9 Jun lalu, Bung menegur Zuraida kerana dikatakan membuat ucapan yang terlalu ganas.

“Saya bimbang, saya tengok laki dia di rumah takut macam ini keadaan”, kata Bung.

Mempertahankan kenyataan itu, Bung berkata, dia ikhlas menegur kerana kesian terhadap suami Zuraida yang menderita dengan perangai Ahli Parlimen Ampang itu.

“Saya ikhlas menegur, kerana lelaki dia menderita perangai dia macam tu,” katanya.

Zuraida dalam sidang akhbarnya berkata, dia kesal dengan ucapan Bung itu yang menyalahi peraturan Dewan.

“Tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan telah menyalahi peraturan mesyuarat Dewan Rakyat 37(4) kerana telah menyentuh peribadi dan mengeluarkan kenyataan bersifat seksis,” katanya.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching pula menyindir Bung dan menyatakan simpati terhadap isteri Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu kerana memiliki suami yang tidak prihatin terhadap wanita.

Bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee melepaskan Bung dari tindakan tatatertib kerana tujuannya hanya sebagai teguran.  - FMT

Post a Comment