Friday 26 June 2015

JUSTO JUAL 'RAHSIA' 1MDB UNTUK HIDUP MEWAH !!!


Ekoran pendedahan mengenai kononnya pembocoran maklumat syarikat 1MDB oleh Xavier Andre Justo, ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya gerangan individu berkenaan dan apakah tujuannya melakukan perkara tersebut.

Melalui laporan media sebelum ini, Justo telah ditangkap oleh pihak berkuasa negara gajah putih, Thailand Isnin lalu namun latar belakang tentangnya masih samar.

Jika disemak pada tulisan di portal yang dikatakan menjadi tempat Justo memperalatkan jenayahnya, maka sudah tentulah akan bercerita tentang "langit dan bintang" tentang lelaki ini meskipun faktanya sangat bercanggah dengan perkara sahih sebenar.

Apatah lagi dikhabarkan bahawa portal berkenaan adalah milik seorang warga asing yang tidak tahu tentang adab budaya dan paling utama, akhlak serta hukum syarak yanng menolak secara total budaya fitnah di negara kita.

Siapa sebenarnya Xavier Andre Justo?

Individu yang berasal dari Switzerland itu dilaporkan menjual maklumat tentang syarikat pelaburan milik Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pihak tertentu, malah disyaki turut menjual banyak maklumat sulit lain atas tujuan untuk menampung kehidupan mewahnya.

Berdasarkan maklumat, Justo dikatakan mampu tinggal di sebuah villa mahal 8 bilik di pulau eksklusif tersebut bersama isteri barunya.

Villa mewah 8 bilik yang dimiliki Justo. Sumber foto: NST
Menurut laporan New Straits Times online, kisah Justo sebelum ini agak tragik. Selepas dipecat, dia dikatakan ke Thailand dan memulakan syarikat perundingan – Justo Consulting, namun bukti-bukti tentang kewujudan syarikat tersebut gagal ditemui. Malahan, laman sesawang rasminya hanya tertulis “sedang dalam pembikinan”.

Akibat desakan wang, dia kemudiannya memulakan bisnes salun menggelapkan kulit yang diberi nama ‘Always The Sun’  namun akibat servis dan maklum balas yang teruk daripada pelanggan, bisnes tersebut turut berkubur.

Maka atas desakan kewangan, Justo mungkin hanya terbayang untuk menjadikan jenayah sebagai jalan singkat untuk meraih pulangan lumayan.

Meneruskan kehidupannya di Thailand tanpa pekerjaan dan sumber kewangan yang stabil, dia akhirnya mendapat peluang pekerjaan iaitu dengan sebuah syarikat minyak Arab Saudi, PetroSaudi International. Dia ditugaskan untuk mengendalikan bahagian teknologi maklumat (IT).


Walau bagaimanapun, dia hilang pekerjaan tersebut akibat tidak bertanggungjawab, tetapi tetap menerima sejumlah wang mengikut syarat perjanjian pekerjaan.

Mungkin tidak berpuas hati dengan tindakan itu, Justo yang merupakan "pakar IT", dipercayai telah mencuri sejumlah data sulit lagi penting daripada bekas majikannya sebelum bertindak menjualnya kepada pembida tertinggi.

Dia menggunakan kedudukannya sebagai ketua bahagian IT untuk mengakses sistem komputer syarikat dan menyalin dokumen serta emel dengan niat jahat meraih kesenangan.

Malah, Justo juga bertindak mengugut bekas majikannya itu supaya memberikan sejumlah wang kepadanya sebagai cagaran kepada maklumat berkenaan.

Menurut sumber, dia mahukan wang tersebut sebagai tukaran kepada data yang dimiliki, serta mengugut bahawa dia mampu untuk mendapatkan lebih banyak wang andai menjualnya pada pihak yang berminat.

Menurut sebuah firmah pakar Siber Sekuriti Antarabangsa, informasi dari Justo disahkan sebagai palsu setelah diubah suai oleh pakar IT itu, palsu, tidak berkreadibiliti dan tidak boleh dipercayai langsung.

Mungkin kedengaran tindakan Justo "bijak", tapi tindakan tersebut akhirnya menyebabkan Justo ditangkap dan bakal didakwa tidak lama lagi.


Senang cakap, nafsu tamak memang mampu menjadi jalan kepada manusia untuk hidup serba-serbi diulit kekayaan, namun ada sebahagiannya kurang bernasib baik kerana ia turut menjadi jalan kepada hidup dalam kesengsaraan. 

Dalam kes Justo, kesengsaraan yang ditemuinya.

Awal minggu ini, helah Justo akhirnya menjerat diri sendiri. Selain ditahan, pemacu cakera keras dan alat penyimpan data miliknya turut dirampas sebagai bahan bukti. -Kedahnews.com

No comments: