Monday, 29 June 2015

ISU PANGSAPURI MARA DI MELBOURNE


ISU  pangsapuri milik Mara di Melbourne, Australia. Di antara yang dilaporkan :
1. Blok pangsapuri di Melbourne, Australia yang dibeli Mara Incorporated Sdn. Bhd. pada 2013 tidak sahaja diperoleh pada harga yang jauh lebih rendah daripada nilai sebenar, malah turut mendatangkan keuntungan. 
2. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, apa yang dilaporkan akhbar Australia, The Age yang menjadi senjata pembangkang kini adalah tidak betul sama sekali dan penjelasan lengkap akan terus dibuat bagi memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian.

3. Menurut beliau, nilai sebenar blok pangsapuri itu ketika dinilaikan oleh badan antarabangsa sebelum pembelian dibuat dianggarkan bernilai sekitar AS$26 juta (RM75.2 juta) dan bukannya AS$17.8 juta (RM51.5 juta) seperti dilaporkan.

4. “Terkini saya difahamkan, nilai blok pangsapuri itu sudah meningkat kepada AS$27 juta (RM78 juta).

5. “Tambahan pula blok pangsapuri itu disewakan kepada 60 peratus pelajar asing dan 40 peratus pelajar kita. Jadi, sudah tentu ada keuntungan bagi pihak Mara,” katanya kepada pemberita hari ini.

6. Menjelaskan rasional pembe­lian blok pangsapuri berkenaan, Mohd. Shafie berkata, tindakan itu setidak-tidaknya dapat membantu para pelajar Malaysia untuk tinggal di kediaman terjamin selamat dan selesa daripada menyewa di tempat lain yang belum pasti keadaannya.

7. “Lagi pula bangunan itu sudah menjadi milik kita sendiri dan tidak perlu untuk kita membayar sewa secara tahunan. Tidakkah perkara itu baik untuk kita?” soalnya.

8. Tambahnya, sebaik sahaja mengetahui mengenai isu dibangkitkan itu, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri selain mengarahkan Mara untuk mempelawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta agensi berkaitan bagi menjalankan siasatan.

9. “Kita hanya ada satu dokumen perjanjian pembelian. Semuanya tertera di situ dan saya yakin kita tidak perlu gentar jika apa yang ada dalam dokumen itu membawa kepada kebenaran,” katanya.

10. Mengenai putar-belit pihak tertentu yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu itu, beliau lantas menafikannya.

11. “Perdana Menteri adalah pengerusi Majlis ekonomi yang melibatkan banyak menteri lain seperti Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Seri Wahid Omar selain Bank Negara. Persetujuan dibuat oleh banyak pihak dan melalui pelbagai peringkat.

12. "Secara keseluruhannya proses tersebut melibatkan penelitian terperinci dan kita memenuhi semua peraturan,” ujarnya - UM
Namun begitu, kita tunggu keputusan siasatan pihak yang bertanggungjawab kelak.

Post a Comment