Saturday, 9 May 2015

KELUARGA ALLAHYARHAMAH DATIN HABIBAH MAHUKAN RUANG PROVASI

Gambar yang  dimuat naik oleh Datuk Dr. Hasrul Sani Mujtbar di facebook miliknya berserta kapsyen ‘All set to fly off to Gilgit. Only for the brave hearts…hehehe’ atau dalam bahasa Melayu bermaksud ‘Semua bersedia untuk berlepas ke Gilgit. Hanya untuk mereka yang berani… hehehe’.

BATU PAHAT: Keluarga kepada isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud memohon semua pihak terutama pihak media supaya memberi ruang privasi kepada mereka dan memahami situasi kesedihan yang mereka sedang hadapi.


Adik ipar Allahyarham yang enggan dikenali berkata buat masa ini mereka sekeluarga terutama ibu Allahyarham masih terkejut dengan kejadian yang berlaku.

“Ibu mentua saya sedang bersedih kerana kehilangan dua anggota keluarga iaitu suaminya dan Habibah dalam tempoh yang singkat. Harap semua pihak faham dengan keadaan kami,” katanya kepada pemberita di rumah keluarga Habibah di Pekan Semerah di sini, Sabtu.

Bapa Habibah, Mahmud Abdul Aziz, 80-an meninggal dunia pada Mac lepas.

Habibah maut selepas helikopter tentera Pakistan yang membawa rombongan duta-duta asing terhempas di kawasan Lembah Naltar, Pakistan pada Jumaat.

Nahas dilapor turut mengorbankan duta besar Norway, Belanda dan Filipina termasuk isteri Duta Besar Indonesia.

Sementara Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar dilapor cedera dan dirawat di Hospital Gilgit.

Adik ipar Habibah berkata kebanyakan anggota keluarga Allahyarham mula berkumpul di rumah keluarga Allahyarham.

Beliau berkata mereka masih menunggu sebarang perkembangan terkini mengenai  Allahyarham.

Sementara itu di Nilai, Negeri Sembilan, seorang lagi anggota keluarga Allahyarham berkata jenazah Allahyarham dijangka tiba di Malaysia sama ada esok atau lusa. – MSTAR ONLINE

Post a Comment