Wednesday, 13 May 2015

ISU PEMBELIAN TANAH PUNCA PINTU KACA TABUNG HAJI CAWANGAN KANGAR DIPECAHKAN ???


BARU-BARU ini sekeping gambar memaparkan pintu kaca sebuah cawangan Tabung Haji dipecahkan telah tersebar di laman sosial hingga mengundang pelbagai spekulasi. 


Rata-rata mengaitkan insiden tersebut sebagai perbuatan khianat akibat rasa tidak puas hati dengan isu pembelian tanah oleh TH yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Bagaimanapun, pihak Tabung Haji menafikan dakwaan dan spekulasi yang timbul berikutan pecahnya pintu kaca TH cawangan Kangar, Perlis itu.

Dalam kenyataan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Tabung Haji, kejadian dikatakan berpunca daripada engsel pintu yang tercabut hingga mengakibatkan pintu kaca pecah.

Ketika kejadian, waktu operasi kaunter telah tamat dan pegawai TH dikatakan sedang bersiap untuk pulang dan kini pintu kaca yang pecah telah digantikan dengan yang baharu.

Jelaslah bahawa kejadian ini langsung tiada kaitan dengan sebarang unsur sabotaj seperti digembar-gemburkan sebelum ini.

– MYNEWSHUB

Post a Comment