Sunday 24 May 2015

4 RENTUNG NAHAS NGERI DI LPT2


Empat rentung termasuk dua kanak-kanak dan dua penumpang kereta parah selepas dirempuh sebuah lori di Kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur fasa 2 (LPT2), petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kereta berkenaan dikatakan berhenti di lorong kecemasan apabila sebuah lori merempuhnya dari arah belakang.

Sejurus rempuhan itu, kereta terbabit terbakar menyebabkan empat penumpang di dalam kereta yang remuk tidak dapat menyelamatkan diri.

Dua daripadanya yang cedera parah berjaya menyelamatkan diri sebelum kedua-dua kenderaan terbakar.

Pemandu lori juga dikatakan cedera.

Gambar sebelum nahas  :



-  Terengganu Times