Monday 25 May 2015

MAKI POLIS, PELAKON KEITH FOO DIDENDA RM100


KUALA LUMPUR :  Akibat mengeluarkan perkataan kesat terhadap seorang polis trafik, pelakon Keith Foo didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.


Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Noor memerintahkan Keith Fooatau nama sebenarnya, Foo Chuan Chin, 32, menjalani tambahan hukuman penjara 10 hari sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa mengeluarkan perkataan kesat dan kurang sopan bertujuan mengaib dan menghina iaitu “Kau siapa, kau ingat kau polis, besar sangatkah, bodoh” terhadap polis trafik, Faizul Amri Md Zan yang bertugas di cawangan trafik Jalan Bandar di sini.

Sumber: Berita Harian