Wednesday 15 April 2015

KURANG AJAR.... CELUPARNYA MULUT GUAN ENG KATA WANITA MELAYU RASIS DAN JAHAT !!!


Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhadapan saman fitnah ekoran menggelarkan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid sebagai 'nenek rasis dan jahat' dalam satu kenyataan akhbar pada Disember 2013.


Menurut Guan Eng, perkataan nenek itu merupakan satu gelaran terhormat namun pada masa sama beliau tidak menarik balik perkataan rasis yang ditujukan kepada Jahara.

Dalam pada itu, beliau turut tidak menolak bahawa gelaran rasis yang dikeluarkan itu boleh merosakkan reputasi Jahara sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih dalam pilihan raya sebelum ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha DAP yang belum disahkan itu berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunos yang mewakili Jahara pada perbicaraan kes saman yang dikemukakan wanita tersebut terhadapnya di Mahkamah Tinggi di Pulau, Pinang, semalam.

Jahara yang merupakan Ahli DUN (ADUN) Teluk Air Tawar telah memfailkan saman tersebut setelah Guan Eng pada 10 Disember 2013 dalam sidang akhbar di luar sidang DUN, menggelarnya sebagai ‘nenek rasis’ kerana dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

Merujuk laporan saman fitnah berkenaan, Jahara turut memohon perintah injunksi untuk menghalang Guan Eng daripada berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya selain mahu perkara berkenaan tidak berulang.

Guan Eng dalam keterangannya turut bersetuju bahawa tiada isu perkauman dibangkitkan oleh Jahara mengenai masalah peniaga restoran Cina di Bagan Ajam dekat Butterworth dan peniaga gerai Melayu di Persiaran Gurney.

Ia berikutan cadangan Jahara supaya sekiranya terdapat peniaga haram, mereka seharusnya diputihkan atau diberi lesen tidak kira peniaga Cina atau Melayu.

Seterusnya, Guan Eng mengakui bukanlah isu rasis sekiranya ada mana-mana individu yang mengutarakan masalah melibatkan peniaga Melayu dan bumiputera di negeri itu.

Menyentuh kes empat pemilik restoran Cina di Bagan Ajam yang hanya dikompaun sebanyak empat kali sejak 2010 dan isu gerai milik dua peniaga Melayu di Persiaran Gurney yang dirobohkan pihak berkuasa tempatan, Guan Eng menolak perbandingan tersbeut kerana katanya, tindakan yang diambil terhadap pengusaha restoran di Bagan Ajam adalah di bawah Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) manakala tindakan kepada pemilik gerai Melayu itu di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Manakala berkaitan isu Pulau Mazu atau Pulau Jerejak pula, Guan Eng menyambut positif terhadap kenyataan Jahara dalam persidangan DUN Pulau Pinang bahawa nama pulau itu diberikan oleh pengusaha tempat ibadat haram di situ. Bagaimanapun, jelasnya, terdapat gambaran lain yang cuba dikaitkan mengenai nama pulau itu sehingga menimbulkan polemik dan pertikaian. - UtaraNews.com

No comments: