Wednesday, 15 April 2015

AIDANA BAIZIEVA PUNCA HELIKOPTER MELETUP DAN TERHEMPAS ???

Aidana Baizieva

Data daripada alat perakam suara kokpit (CVR) menunjukkan wanita yang dikenal pasti sebagai teman kepada juruterbang helikopter malang itu turut terlibat dalam mengendalikan pesawat itu.

Pasukan penyiasat menemui maklumat baharu itu yang mengaitkan peranan Aidana Baizieva iaitu rakan kepada Kapten Clifford William Fournier dalam kejadian pada 4 April yang mengorbankan enam orang termasuk Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, lapor portal berita The New Straits Times.
“Tidak menjadi kesalahan untuk Fournier membawa teman dalam penerbangan itu atau duduk di sebelahnya. Namun, data menunjukkan Baizieva telah terlibat secara aktif dalam operasi pesawat.
“Ia tidak sepatutnya begitu,” lapor berita itu lagi yang memetik kata sumber.
Aidana Baizieva, 25, berasal dari Kyrgyztan, dilaporkan mengikuti latihan penerbangan dengan Fournier.
Selain Jamaluddin, Fournier dan Aidana Baizieva, nahas berkenaan turut mengorbankan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias; Ketua Pegawai Eksekutif SP Baiduri, Datuk Tan Huat Seang; dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran.
Data CVR juga mendedahkan, tidak seorangpun daripada penumpang pesawat Dauphin AS365N2 itu berkata-kata dalam tempoh beberapa minit sebelum ia terhempas, sedangkan sebelumnya mereka rancak berbual sejak berlepas dari Kuantan.
“Hanya bunyi nafas yang terakam dalam CVR. Mereka yang berada di dalam pesawat bercakap tentang banyak perkara yang tidak relevan dengan siasatan, tetapi kemudian mereka senyap selama beberapa minit.
“Namun, janganlah ada spekulasi tentang perkara ini, mungkin keadaan senyap itu terjadi atas beberapa sebab lain, seperti penumpang keletihan,” kata sumber itu lagi.
Siasatan awal juga mendapati helikopter berkenaan terbang pada ketinggian 2,000 kaki di ruang udara Semenyih sebelum ia tiba-tiba menjunam dan semua saluran komunikasi terpadam.
Situasi itu dikatakan memberi petanda berlaku letupan di udara sebelum pesawat itu terhempas.

Sumber: Astro Awani
Gambar di atas : Aidana Baizieva menurut Sumber - themalaymailonline.com

Post a Comment