Tuesday, 17 March 2015

TAKKAN BM FAILED SAMPAI TAK TAU BEZA PESAWAT PERIBADI DAN PESAWAT RASMI


PORTAL dan blog2 pro pembangkang serta Rafizi Ramli kalau ada perkara-perkara yang 'bersangkut' dengan kerajaan cepat aje spin.... Terkini, mereka cuba mengelirukan pemikiran rakyat dengan mendakwa jet VVIP jenis ACJ320 yang baru diperoleh kerajaan adalah sebuah pesawat peribadi.

Ini tak betul sebab tidak ada istilah pesawat peribadi bagi perolehan yang dibuat kerajaan, sebaliknya pesawat rasmi.

Yang Anwar guna pesawat untuk berkempeN di Sabah dan Sarawak semasa PRU13 dulu tu baru disebut sebagai PESAWAT PERIBADI, yang diperoleh kerajaan untuk ganti BBJ737-700NG ni PESAWAT RASMI.

Lainlah kalau Rafizi boleh tunjuk geran atau apa bentuk dokumen pemilikan pesawat yang menunjukkan pesawat yang diperolehi itu didaftar atas nama indvidu? Ada ke?

Kalau takde, bukanlah pesawat peribadi namanya, tapi pesawat rasmi!!! Bodoh punya pemimpin, macam tu pun tak faham ke? BM tak lulus ke hapa !!!

BERIKUT PENJELASAN DARI JABATAN PERDANA MENTERI BERKAITAN ISU PEMBELIAN JET RASMI :

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri hari ini menjelaskan bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.
  
JPM dalam satu kenyataan di sini berkata, kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun.

Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.

Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di Parlimen hari ini bahawa ACJ320 itu untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Menurut JPM, pesawat BBJ telah digunakan oleh MAS sejak 1999 sebelum kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.

"Perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.
  
"Perolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319," menurut kenyataan itu.
  
Menurut JPM, selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang diperolehi pada 1989 dan Global Express 2001, kata JPM. - Bernama

Post a Comment