Tuesday 17 March 2015

ANDA PENGGUNA INTENET... ANDA SEHARUSNYA BERPENGETAHUAN MENGENAI SIBER

KUALA LUMPUR  – Pendedahan dan pengetahuan mengenai keselamatan dan pertahanan siber perlu dibuat kepada semua pengguna-pengguna internet.

Kata Datuk Dr.Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, kewujudan ancaman serta serangan siber berpotensi menjejaskan hasrat kerajaan untuk memacu Malaysia ke arah sebuah negara berstatus maju dan berpendapatan tinggi.
Ujarnya lagi, walaupun perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membawa impak positif, namun penggunaannya serta Internet tanpa kawalan boleh mengundang pelbagai bentuk ancaman siber.
Selain pendedahan, peningkatan teknikal juga penting untuk menangani jenayah siber.
“Kita dapat menangani keselamatan data kita dengan baik kerana kita mempunyai pengetahuan teknikal selain sentiasa mendedahkan pegawai keselamatan siber dengan pengetahuan terkini di peringkat antarabangsa,”
Bagi  Amirrudin pula, agensinya dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini sedang menyemak semula Dasar Keselamatan Siber Nasional bagi memperkukuh akses kepada Internet yang lebih selamat.
“Semakan semula yang bertujuan memperluas skop itu dijangka siap dalam masa dua tahun lagi. Dulu kita hanya fokus kepada mempertahan dan memperkukuhkan sektor-sektor kritikal dalam dasar ini. Sekarang kita lihat serangan siber telah meliputi komuniti dan isu yang pelbagai,”
Pada tahun 2007,  Dasar Keselamatan Siber Nasional dilancarkan dan CyberSecurity Malaysia iaitu  sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bertanggungjawab menjaga keselamatan ruang siber negara.
Sumber - utusan.com.my

No comments: