Friday 20 March 2015

ORANG SPAD TAK NAIK BAS EKSPRESS.... MEREKA SEMUA BERKERETA MEWAH... !!!!

Jumlah Kenaikan caj bas ekspress

SUSULAN kenaikan tambang bas ekspres dan teksi yang diumumkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semalam, rata-rata orang ramai menyifatkan kenaikan tambang bas ekspres membebankan. Pengguna akan membayar 2.1 sen lebih daripada tambang asal sekilometer dan tambang baru itu akan mula dikuatkuasakan pada 15 Mei depan. Dalam grafik yang dipaparkan di laman web SPAD perjalanan bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Kangar, Perlis meningkat dari RM50.10 kepada RM61.10 bertambah RM11.00.

Bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh pula, pengguna akan membayar RM25.30 berbanding hanya RM20.60 sebelum ini.


Jika perjalanan ke Kangar, bayangkan beban yang bakal ditanggung oleh seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Perlis berulang-alik dari Kuala Lumpur terpaksa membayar lebih RM11.00 untuk satu perjalanan. ( Tidak pasti adakah Student layak menerima diskaun , seperti kad diskaun Siswa 1 Malaysia yang diberikan kepada pelajar tahun lepas, jika terima isu ini dianggap selesai seperti warga emas dan OKU )

Ada cadangan untuk pengusaha bas bahawa selepas kenaikan berkenaan dilaksanakan selepas 15 Mei, bas berkenaan dilengkapi dengan ciri-ciri tambah nilai seperti kemudahan mengecas telefon di dalam bas dan juga hiburan berbentuk video untuk kemudahan pengguna.

Jika tambang sudah dinaikkan dan kemudahan dan keadaan di dalam bas masih seperti sediakala tanpa sebarang penambahbaikan ia adalah sesuatu yang membebankan rakyat. Di dalam laman web SPAD, telah digariskan tujuan dan matlamat kajian semula iaitu untuk membolehkan pengusaha bas ekspres mempertingkatkan ciri keselamatan, keselesaan, dan juga ketepatan masa.

No comments: