Friday 20 March 2015

KENAPA HAMID ALBAR NAIKKAN TAMBANG TEKSI DAN BAS EKPRESS ? INGAT PENGGUNA SEMUA JUTAWAN KE??!!


Pengumuman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mengenai kenaikan kadar tambang baharu bagi pengangkutan awam melibatkan teksi dan bas ekspres ekoran peningkatan kos sebanyak 33 peratus sangat mengelirukan.
Menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, kadar tambang baharu tersebut berbeza dalam lingkungan RM1.25 hingga RM8.00 bergantung kepada jarak servis yang diberikan dan hanya melibatkan teksi bajet, TEKS1M dan kereta sewa di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Kita hairan mengapa pengumuman ini dibuat ketika rakyat masih membicarakan isu cukai GST dan mengunakan alasan kerana kenaikan kos sebanyak 33 peratus? Kita mahu tahu kos apakah yang meningkat sebanyak 33 peratus dalam tempoh 3 bulan pertama tahun ini, sedangkan harga petrol dan gas masih rendah berbanding tahun lalu.
Malahan pengumuman kenaikan ini beberapa hari sebelum pelaksanaan GST dengan alasan kenaikan kos boleh dilihat sebagai satu sabotaj kepada kerajaan pimpinan Mohd Najib Razak. Ketika kerajaan sedang meyakinkan rakyat pengenalan GST hanya memberi kesan kenaikan yang minima kepada rakyat, SPAD memilih masa yang sama untuk menunjukkan kenyataan kerajaan tidak benar.
Apa motif Tan Sri Syed Hamid Albar? Jika alasan kenaikan ialah meningkatkan taraf hidup pemandu teksi dan bas ekspres mungkin ia diterima akal walaupun “timing” pengumuman masih boleh dipertikakan.
Kenaikan ini mungkin membantu pemandu teksi menambah pendapatan memandangkan kadar sedia ada dianggap masih murah dan menyebabkan ramai pemandu teksi berada ddalam paras kemiskinan. Kebanyakan pengguna teksi di Lembah Klang boleh menerima kenaikan ini kerana yang penting kepada kelompok ini ialah soal perkhidmatan yang lebih cepat dan boleh diharapkan.
Soalnya, apakah selepas kenaikan ini kita tidak kan ada lagi isu pemandu teksi enggan menggunakan meter dan tidak mahu ke kawasan tertentu ketika waktu puncak?
Kita tidak mahu kenaikan ini menjadi alasan untuk pemandu teksi lebih memilih kawasan yang dihantar kerana mereka telah mendapat lebihan dari satu trip perjalanan.
Demikian juga kenaikan tambang Bas Ekspres harus menjamin kualiti perkhidmatan dan keselamatan yang lebih baik. Jangan nanti kenaikan ini hanya menambah masalah keselamatan kepada pengguna apabila bas dipandu melebihi had kelajuan keran syarikat kini mempunyai untung yang lebih besar untuk membayar saman. 
sumber : Mykmu.net 

No comments: