Friday 27 March 2015

MAMAT EXIST GELAP MATA DUIT KEMENANGAN GEGARVAGANZA, KEMBALI MENAGIH DADAH !!!


DALAM GegarVaganza, Mamat Exist antara penyanyi yang selalu mendapat pujian juri.  Suaranya yang mantap bukan sahaja memukau penonton di pentas siaran malah juga penonton di rumah.  


Tetapi agak mendukacitakan apabila baru-baru ini heboh mengenai seorang penyanyi lelaki berusia 36 tahun telah ditahan kerana didapati positif dadah. Menurut Harian Metro, penyanyi tersebut telah mendapat tempat ketiga di dalam program realiti terbitan sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini. Berdasarkan informasi tersebut, rata-rata mengandaikan bahawa penyanyi tersebut ialah Mamat, bekas vokalis kumpulan Exist yang telah mendapat tempat ketiga di dalam Gegarvaganza.


Sebelum ini, pengurus yang menaikkan nama Mamat iaitu Mie telah memaklumkan yang penyanyi tersebut menghilangkan diri kerana gelap mata akibat duit yang dimenanginya dalam program GegarVaganza. Mamat telah ditahan polis 9 malam tadi, selepas ujian air kencing positif Amphetamine. Mamat kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Agak menyedihkan apabila perkara ini berlaku ketika Mamat telah menaikkan namanya kembali. Sepatutnya Mamat harus bersyukur dengan peluang kedua yang diterimanya. Nampaknya masih tidak insaf lagi. Sama-samalah kita nantikan perkembangan lanjut kes ini. - BeautifulNara

1 comment:

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.