Thursday, 26 March 2015

KETUA SEKRETARIAT HUDUD KELANTAN SAHKAN MALAYSIAN INSIDER MEMFITNAH MAJLIS RAJA-RAJA ???!!!


Media melaporkan kenyataan Ketua Sekretariat Tetap Hudud Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan yang berkata Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob telah mengesahkan tiada sebarang dokumen yang dikemukakan kepada majlis tersebut bagi mendapatkan perkenaan Raja-raja Melayu.


"Benda ini tidak benar, dan saya difahamkan oleh menteri besar Kelantan tidak ada pun kertas itu. 
"Jadi, siapa yang kata itu, minta beliau sahkan perkara tersebut. Sama ada kertas itu ada, kemudian ditolak, atau sebagainya," katanya.
Malah respon dari Datuk Seri Jamil Khir tentang isu ini ialah.... Beliau berkata, Majlis Raja-raja tidak pernah khususnya dalam masa terdekat ini dibawa apa-apa pindaan Akta 355. Jadi bagaimana timbulnya penolakan, tanya beliau. 
Pindaan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 di Kelantan tidak melibatkan Majlis Raja-Raja, kata Ketua Sekretariat Tetap Hudud Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan. 
Katanya, pindaan yang membabitkan undang-undang Islam itu hanya tertakluk di dawah bidang kuasa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V selaku Ketua Agama negeri.

"Saya rasa enakmen ini tidak ada kena mengena dengan Majlis Raja-raja. Majlis Raja-raja membincangkan mengenai urusan agama yang berkaitan dengan seluruh negara," kata ahli Parlimen Kota Baru itu ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini. 
"Urusan agama negeri di bawah Sultan, dan pendirian Sultan Kelantan jelas semasa perasmian Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, baginda menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan," katanya. 
Takiyuddin berkata, enakmen berkenaan diluluskan pada 1993 dan sudah mendapat perkenan diraja.

"Dari segi sejarah, Enakmen Kanun Jenayah Syariah itu sudah mendapat perkenan diraja. 
"Jadi, isu agama berkaitan enakmen hudud di Kelantan ini tidak ada kena mengena dengan Majlis Raja-Raja," katanya.
Jika inilah jawapannya kepada laporan portal pro-pembangkang itu, The Malaysian Insider dituntut untuk mendedahkan 'sumber' yang mereka rujuk tentang dakwaan kononnya Majlis Raja-raja Melayu telah 'menolak pindaan laksana hudud'.

Di ketika MiM menulis artikel ini, portal pro-pembangkang itu masih lagi menyiarkan laporan berita bertajuk 'Majlis Raja-Raja tidak terlibat pindaan hudud Kelantan' tanpa ada tanda-tanda berasa bersalah atau meminta maaf.

Terdapat satu kenyataan akhbar yang didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia yang viral di dalam Whats app dan juga disiarkan di dalam berita blog dan portal. Kenyataan akhbar itu didakwa menjawab fitnah The Malaysian Insider itu. 

Tetapi MiM tidak dapat mengesahkan kesahihan kenyataan akhbar tersebut. Apa pun, MiM berharap agar pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan isu ini dengan segera.

Dan jika sah The Malaysian Insider telah menabur fitnah jahat, rakyat memohon agar pihak yang yang difitnah itu akan memanggil tuan punya portal pro-pembangkang itu untuk menghadap dan menyaman portal tersebut sampai bangkrap. Sumber asal :  MiM

Post a Comment