Monday 23 March 2015

KERETA TURUN HARGA SELEPAS GST DILAKSANAKAN


Ramai rakyat di negara ini tertanya-tanya, adakah benar selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan 1 April ini akan membuatkan harga kereta lebih mahal berbanding sebelum pelaksanaannya.

Oleh itu, Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad hari ini telah menjelaskan bahawa secara keseluruhannya harga kereta akan menjadi lebih murah selepas pelaksanaan GST.

Khazali berkata penurunan harga ini disebabkan oleh GST, dimana hanya terdapat satu cukai sahaja dalam penjualan kenderaan ini iaitu cukai GST 6% dan cukai jualan kenderaan 10% sebelum ini akan dimansuhkan,

Khazali turut memberitahu, masih terdapat kekeliruan di kalangan pengedar berhubung cukai jualan kenderaan 10% yang mereka sudah bayar.

Khazali berkata, bagi pengedar yang sudah membayar cukai jualan kenderaan 10%, kastam akan membayar balik cukai tersebut tetapi dengan syarat yang telah ditetapkan.

"Sebenarnya, kastam akan membayar balik cukai jualan 10%yang dibayar mereka dengan syarat mereka harus menunjukkan dokumen rasmi sebagai bukti yang mereka membayar cukai itu dan masih belum menjual kereta berkenaan setakat 31 Mac," katanya. -  Utaranews.com

1 comment:

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.