Tuesday 24 March 2015

APA PUNYA ORANG LA NI, SELAMBER REMBAT HANDBEG MANGSA KEMALANGAN


ANDA terserempak dengan satu kemalangan jalanraya... Dalam keadaan mangsa yang panik dan mungkin cedera... sampai hati kah anda nak rembat barangan berharga milik mangsa termasuk handbeg dan segala isi di dalamnya???  Fikir jika anda sendiri adalah mangsa kemalangan tersebut? 


Dalam video berdurasi lebih dua minit, jelas kelihatan seorang penumpang kereta Perodua Alza ini mengambil sesuatu yang bukan hak miliknya.
Mulanya kita bersangka baiklah mungkin dia nak serahkan kat pihak berkuasa ke kalau-kalau mereka ada di situ.
Tapi, dengan selambanya dia terus berjalan pergi bersama-sama barang tadi.
Si perakam video ini yang naik angin, dapat didengar menyumpah seranah perbuatan tersebut.
Bagaimanapun pemeriksaan kami di ruangan komen mendapati, pemilik kereta Perodua Alza itu telah tampil menjelaskan bahawa dia tidak terlibat langsung dengan kes kecurian tersebut.
Pemuda yang dirakam mengambil beg tangan tersebut merupakan kawan adiknya.
Kereta tersebut digunakan adiknya yang turut berada di dalam kereta ketika kejadian berlaku.
alzaa
Si pemilik kereta yang dikenali sebagai Zuera Iera itu juga menyatakan, dia akan membuat laporan polis bagi membersihkan namanya selaku pemilik Perodua Alza bernombor plat W 5637 W.
- MYNEWSHUB.CC

1 comment:

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.