Monday, 23 March 2015

KALAU TAK NAK DIKECAM... JAGA MULUT TU AISYAH 'HUDUD' !!!


Agak-agak korang laa... jika seorang Wanita atau Puteri UMNO yang melakukan perbuatan seperti Aisyah tu, apa agaknya tindakan pembangkang terutamanya PAS ??? 

Terbaru, Aisyah Tajuddin gadis yang melakonkan watak mengkritik hudud tampil memberi kenyataan selepas menerima kecaman hebat.


“Berhati-hati apabila memberikan komen dan sebagainya, jangan kerana mulut, badan binasa. Fikir dahulu sebelum bercakap,” kata-kata yang ditulis oleh hos stesen radio BFM Aisyah Tajuddin yang mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Beliau berkata demikian sebagai memberi peringatan kepada pengguna Facebook yang banyak mengeluarkan kata-kata negatif dan ugutan terhadapnya bersama lampiran artikel berbahasa inggeris bertajuk ‘BFM journalist gets death, rape threats over video questioning Hudud.’.

Aisyah Tajuddin sebelum ini telah berhadapan dengan kemarahan umat Islam Malaysia sehingga mendapat ugutan buunh dan rogol kerana telah terang-terang mengkritik perlaksanaan hukum hudud di Negeri Kelantan.

Selain Aisyah Tajuddin, bapanya, Profesor Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut terkena tempias kemarahan orang ramai berkenaan video yang diterbitkan itu.

Profesor Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi juga sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tahap keselamatan di Malaysia kerana ugutan terhadap anaknya itu.

“Insiden terbaru tentang anak saya diugut bunuh, rogol dan dibakar hidup-hidup oleh mereka yang saya anggap sebagai warga maya Melayu-Islam menimbulkan persoalan yang serius bagi negara ini. Adakah negara ini selamat untuk dihuni oleh anak-anak kita?,” soalnya.

Khamis lalu, sebuah klip video selama 1 minit 55 saat yang menyindir PAS dan sistem perundangan hudud, mendapat kecaman hebat di laman sosial kerana disifatkan sebagai pembawa pemikiran liberal.

SUMBER


Kalau nak perbuatan tu mendapat 'standing ovation' buatlah sesuatu yang senonoh sikit !!!

Post a Comment