Sunday, 29 March 2015

GEMPAR !!! ESOK PAS TINGGALKAN PR !!


PAS bakal  membuat satu keputusan berhubung kerjasama di dalam Pakatan Rakyat (PR) pada hari Isnin ini (esok) berikutan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.


Kenyataan tersebut diumumkan Ahli Parlimen PAS Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa ketika mengulas mengenai tindakan Guan Eng yang telah menyebabkan DAP Sarawak mengambil keputusan mengejut keluar daripada PR berkuatkuasa serta merta pada 27 Mac baru-baru ini.

Mujahid berkata, Guan Eng tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap Abdul Hadi kerana ia akan mempengaruhi keseluruhan ahli PAS memandangkan beliau merupakan pemimpin tertinggi di dalam parti dan dan dianggap sebagai seorang ‘bapa’ kepada penyokong-penyokong PAS.

"Kita akan bermesyuarat dan mengumumkan pendirian parti berhubung masa hadapan dalam pakatan pembangkang pada Isnin ini susulan tindakan DAP Sarawak  memutuskan hubungan dalam PR.

"Mesyuarat itu juga akan membincangkan sikap pimpinan DAP yang menentang Presiden Pas (Abdul Hadi)," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Mujahid menyifatkan keputusan DAP Sarawak keluar daripada PR adalah satu tindakan ‘kurang bijak’ kerana ia akan mengeruhkan lagi hubungan di antara kedua-dua parti sekaligus mempengaruhi sokongan rakyat kepada pakatan pada pilihan raya nanti.

"Saya sedih dengan sikap DAP yang keluar dari pakatan di Sarawak dan ia tidak sepatutnya berlaku. Tindakan itu merosakkan objektif pakatan menjadi gabungan parti politik berbilang kaum.

"Keretakan hubungan Pas dan DAP menjadikan agenda kebersamaan pakatan untuk mempromosikan idea yang menolak kewujudan parti berasaskan kaum kini tergendala," katanya lagi.

Memetik kepada laporan, DAP Sarawak telah membuat satu keputusan mengejut untuk keluar daripada PR di sana selepas tidak berpuas hati dengan tindakan PAS membentangkan rang undang-undang perlaksanaan hudud di Parlimen walaupun tidak mendapat persetujuan daripada rakan sekutu di dalam pakatan.

"Sehubungan itu, selagi pelaksanaan hukum hudud menjadi agenda politik dan objektif Pas, DAP Sarawak tidak lagi boleh bekerjasama dengan Pas sebagai sebuah parti politik di Sarawak.

"Oleh itu, dengan Pas kekal sebagai parti komponen PR Sarawak, DAP Sarawak hari ini membuat resolusi dan keputusan yang menyedihkan untuk keluar daripada PR Sarawak," kata Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen pada 27 Mac baru-baru ini. –UtaraNews.com

Post a Comment